Berusaha Memahami Makna al-Qur’an

22 Disember 2012 § Tinggalkan komen


Berusaha Memahami Makna al-Qur’an

~ iaitu dengan merujuk kitab tafsir yang menitik-beratkan sisi penjelasan makna, selain juga mempelajari kedalaman bahasa, I’rab atau masalah fiqh. Di antara tafsir yang terbaik adalah Tafsir Ibn Kathir dan Tafsir As-Sa’di. (Nikmatnya Membaca al-Qur’an ~ Dr. Said Abdul Adhim, hlm. 77)

~ aspek balaghah yang terbaik menurut Syeikh Ibn Uthaimin rhm adalah Tafsir Zamakhsyari. Hanya sahaja tafsir ini mengundang bencana dari aspek akidah kerana padanya takwilan-takwilan akidah muktazilah. (Syarh Hilyah)

~ dari aspek i’rab ~ Syeikh Muqbil Hadi al-Wad’i rhm pernah mencadangkan Tafsir Fathul Qadir karyan Imam Syaukani.

~ dari aspek fiqh ~ aku tidak tahu yang lebih besar manfaatnya berbanding Tafsir al-Qurtubi.

Kredit kepada rakan FB: Marzuki Abdullah. Jazakallahikhair

Syaikh Ahmad Syakir memuji Tafsir Ibn Kathir

25 November 2012 § Tinggalkan komen


Menurut Syaikh Ahmad Muhammad Syakir rahimahullah (Wafat: 1377H)

“Menurut kami, Tafsir al-Hafiz Ibnu Katsir adalah kitab Tafsir yang paling bagus, indah, dan lengkap setelah Tafsir Imam para ahli Tafsir, iaitu Abu Ja’far ath-Thabari. Kami tidak bertujuan membandingkan antara keduanya, atau antaranya dengan yang lainnya, kerana menurut kami, tidak ada tafsir yang dapat menyamai keduanya, atau bahkan menghampirinya.

Al-Hafiz Ibnu Katsir telah berusaha dengan gigih untuk menafsirkan al-Qur’an dengan al-Qur’an, kemudian dengan as-Sunnah yang sahih yang merupakan keterangan dan penjelas al-Qur’an. Selanjutnya beliau menyebutkan perkataan para ulama salaf tentang tafsir ayat-ayat yang ada.

Beliau juga membawakan banyak hadis (pada banyak tempat di dalam tafsirnya) berserta sanad-sanadnya dari kitab-kitab as-Sunnah dan sumbernya. Beliau banyak mengemukakan alasan kedha’ifan hadis, akan tetapi beliau sangat bersungguh-sungguh untuk menyebutkan hadis-hadis yang sahih walaupun dalam masa yang sama turut menyertakan hadis-hadis yang dha’if bersama. Maka kitab beliau tersebut (di samping merupakan kitab Tafsir al-Qur’an), ia juga sekaligus sebagai ilmu dan petunjuk bagi para penuntut ilmu hadis. Darinya dapat diketahui kaedah menganalisa dan meneliti sanad-sanad dan matan-matan hadis, serta mengetahui perbezaan hadis-hadis sahih dan selainnya. Jadi, dilihat dari makna ini, maka ia adalah kitab yang memberi pelajaran yang agung dan manfaatnya besar sekali.” (Mukaddimah ‘Umdatut Tafsir ‘an Al-Hafiz Ibn Katsir)

Kredit kepada Q&S Islamic Media, Ilmusunna.com dan Abu Numair Nawawi Subandi.

Syaikh Sofiurrahman al-Mubarakfuri mencadangkan Tafsir Ibn Kathir

23 November 2012 § Tinggalkan komen


Tafsir Ibnu Katsir Menurut Syaikh Sofiyurrahman al-Mubarakfuri:

“Sesungguhnya al-Qur’an yang mulia adalah kitab paling agung yang dengannya Allah memuliakan umat Islam ini. Al-Qur’an adalah kitab mulia yang tidak datang kepadanya kebathilan sama ada dari depan atau pun dari belakangnya, diturunkan dari Rabb yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji, dan memberikan petunjuk ke jalan yang paling lurus. Dan sesiapa yang meninggalkannya, sungguh dia berada dalam kerugian.

Umat Islam telah memberikan perhatian yang tiada tara terhadap al-Qur’an sejak generasi Salaf yang telah berlalu dari umat ini. Para ulama umat ini telah membahaskan tentang al-Qur’an sama ada dalam permasalahan hukum-hakam, penjelasan, nasihat, faedah, pelbagai peristiwa dan kejadian, ibarat (perumpamaan), mukjizat, i’rab (huraian perkataan), pelbagai jenis qira’at (jenis bacaan), kepelbagaian lahjah (loghat), sehingga keadaan geografi tempat-tempat yang disebutkan di dalam al-Qur’an, dan masih banyak lagi perbahasan-perbahsan lainnya.

Tafsir Ibnu Katsir merupakan kitab paling penting yang ditulis dalam bab tafsir al-Qur’an, paling agung, paling banyak pula diterima dan tersebar di tengah-tengah umat ini. Kerana Ibnu Katsir rahimahullah adalah seorang yang ahli tentang ilmu-ilmu al-Qur’an dan as-Sunnah, serta ilmu tentang sejarah umat-umat terdahulu dan yang akan datang, ditambah lagi dengan kurniaan Allah ke atas beliau berupa pandangan yang tajam dan mendalam tentang sunnatullah yang terjadi berkaitan dengan kemaslahatan, kerosakan, kemajuan, kemunduran, serta kehancuran umat ini.

Beliau memiliki pengetahuan yang luas atas apa yang diisyaratkan pada dasar-dasar perbahasan sebelumnya. Dan beliau rahimahullah memilih riwayat-riwayat tafsir yang ma’tsur (yang datang daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) dalam menafsirkan al-Qur’an. Beliau banyak membawa hadis-hadis yang marfu’ (bersambung sampai kepada Nabi), perkataan-perkataan para salaf ash-Sholeh dari kalangan sahabat, tabi’in, dan para imam pembawa petunjuk yang datang setelah mereka serta dari kalangan ulama yang memiliki kekuatan ilmu dan pandangan dalam bidang tafsir al-Qur’an dengan tidak mengabaikan sisi-sisi lain yang telah kami sebutkan. Oleh ekrana itulah tafsir ini merangkum dua seni riwayah dan dirayah, serta manqul dan ma’qul. Kaum muslimin dapat menuai faedah yang sangat besar, dan kitab tafsir ini dapat diterima serta mendapat perhatian yang lebih berbanding dari kitab-kitab tafsir lainnya.” (Mukaddimah al-Mishbah al-Munir fii Tahdzib Tafsir Ibnu Katsir, dinukil semula dari: http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=77)

Kredit kepada Q&S Islamic Media, Ilmu Sunnah dan Abu Numair Nawawi Subandi.

Kitab-kitab Tafsir Al-Qur’an oleh UFB

8 Mei 2012 § Tinggalkan komen


Beberapa contoh kitab-kitab tafsir yang dikenali sebagai Tafsir Bil Ma’thur.Adabeberapa metodologi dalam tafsir Al-Quran. Salah satu darinya ialah tafsir bil ma’thur, yakni tafsir Al-Quran dengan periwayatan iaitu sama ada menafsirkan Al-Quran dengan  Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadis Nabi atau pun tafsir Al-Quran dengan perkataan sahabat Nabi, tabi’in dan tabi’ut tabi’in.

Adajuga metodologi tafsir yang lebih menjurus kepada tafsir dari sudut penggunaan bahasa. Ianya teliti dengan bahasa-bahasa ma’aninya, kelebihan-kelebihan, pengertian setiap perkataan yang digunakan. Fokusnya lebih kepada keindahan bahasa Al-Quran contohnya kitab-kitab Al-Kassyaf oleh Al- Zamaksyari, Ruhul Ma-ani oleh al-Alusi, Tahanut Tanwin oleh Ibn Asyur dan sebagainya.

Antara kitab-kitab yang terbaik ialah Tafsir Al-Thobari. Akan tetapi Tafsir Al-Thobari ini terlalu panjang kerana beliau memasukkan semua riwayat-riwayat sahih mahupun yang lemah.Adaantara ulama seperti Syeikh Ahmad Syakir berkhidmat melakukan penelitian semula riwayat-riwayat di dalam kitab tersebut dan juga ulama-ulama yang lain.

Kitab Tafsir Ibnu Kathir

Walaubagaimanapun tafsir ringkas yang boleh kita manfaatkan secara langsung ialah Tafsir Ibnu Kathir. Ia merupakan yang terbaik untuk mudah faham dan mudah baca. Kitab ini memberikan kita satu garis panduan atara kaedah. Kaedah tafsirannya;

-         menafsirkan ayat al-Qur’an dengan al-Qur’an yang lain

-         kemudian menafsirkan al-Qur’an dengan hadis Nabi

-         seterusnya perkataan sahabat nabi tabi’in,

-         disusuli tabi’ut tabi’in

-         dan akhir sekali barulah kesimpulan dan pandangannya.

Berbeza dengan sebahagian orang yang salah dan keliru dalam memahami Al-Qur’an.Adadi antara mereka merenung mushaf dan memikirkan sendiri apakah maknanya tanpa merujuk kepada kitab tafsir yang muktabar. Jika kaedah ini digunakan, maka ramailah sudah boleh diiktiraf menjadi ulama’ tafsir.

Begitu juga ada tafsir contohnya Al-Iman Albiqa-I rahimahullah (wafat 885H), Nazhm al-Durar fi Tanasub al-Ayat wa al-Suwar (8 jilid). Tafsir ini memberi fokus kepada membahaskan munasabah-munasabah setiap ayat. Mengapakah ayat ini didatangkan selepas ayat ini. Mengapakah surah ini diletakkan selepas surah ini.

Begitu juga ada tafsir-tafsir yang memberi focus kepada hukum hakam seperti tafsir Al-Imam Al-Qurtubi rahimahullah (wafat 671H). Beliau memberi fokus kepada hokum-hakam dari ayat al-Qur’an. Sebagai contoh beliau membawa satu ayat al-Qur’an dan  mengeluarkan istinbat 25 hukum fikih daripadanya.

Manakala tafsir yang memberi fokus Al-Quran dengan Al-Quran sahaja seperti tafsir  Syeikh Muhammad Al-Amin Al Shanqiti (wafat 1393 H) dengan judul Adwa’al-Bayan Fi Idhah al-Qur`an bi al-Qur`an. 

Aliran Tafsir Bir-ro’yi (tafsiran akal dan rasional)

Adajuga tafsir bir-ro’yi iaitu tafsir yang menggunakan akal semata-mata. Golongan ini disebut sebagai muktazilah.Ada yang  mengarang kitab tafsir untuk mendirikan dan menegakkan akidahnya seperti Al Zamakhsyari dengan tafsir Al-Kassyaf.

Itu sebagai gambaran (overview) tentang kitab-kitab tafsir. Namun begitu sebagai penuntut ilmu cukuplah sebagai permulaan letakkan target untuk menghabiskan baca kitab Tafsir Ibnu Kathir. Bahkan pada hari ini ia telah diringkaskan oleh kelompok ulama yang dikepalai oleh Syeikh Sofiurahman Al-Mubarakfuri iaitu Al-Misbahul Munir Fee Tahdhib, ringkasan Ibnu Kathir. Hadis-hadis telah dinilaikan semula dan disusun sempurna dengan mengambil kesimpulan Al-Imam Ibnu Kathir berasakan Al-Quran, hadis Nabi, perkataan dan pandangan sahabat Nabi.

Rakaman oleh Abu Aqif Studio: http://www.youtube.com/watch?v=_EkVhse7Oz8

Teks oleh Biro Multimedia & Penerbitan, iLMU 

dari blog Ustaz Fathul Bari Mat Jahya.

Sahih Tafsir Ibnu Katsir, Pengantar Cetakan Ke-3

24 Disember 2010 § Tinggalkan komen


PENGANTAR PENERBIT Cetakan ke-3

Segala puji hanya milik Allah Tuhan semesta alam. Selawaat dan salam semoga sentiasa tercurah ke ribaan hamba dan utusan-Nya, Muhammad bin ‘Abdillah, penutup para Nabi, serta keluarganya yang suci, para Sahabatnya yang mulia dan segenap umatnya yang mengikuti petunjuk beliau hingga hari Akhir.

Sejak pertama kali diterbitkan pada Ogos 2007 yang lalu,buku “Shahih Tafsir lbnu Katsir” ini telah mendapat tanggapan positif dari kalangan pembaca. Bahkan dalam beberapa event penting, seperti pameran dan lainnya, buku ini cukup mendapat perhatian pengunjung.

Alhamdulillaah, dengan seizin Allah, saat ini kami dapat menerbitkan cetakan ke-3 dari “Shahih Tafsir Ibnu Katsir” jilid1 ini. Tentunya ini semua merupakan kurnia Allah yang patut kami syukuri. Kerana penerbitan buku ini berangkat dari keinginan kami untuk memberikan kemudahan bagi kaum muslimin secara umum di dalam memahami al-Quranul Karim dan para penuntut ilmu secara khusus di dalam menggali nilai-nilai yang terkandung di dalamnya melalui penafsiran yang benar dan dapat dipertanggungjawabkan.

Memang telah banyak “Tafsir Ibnu Katsir” yang telah diterbitkan dalam bahasa Indonesia sebelum ini. Namun dari sekian banyak versi yang terbit, baik versi aslinya maupun ringkasannya, belum ada yang memberikan tambahan catatan kaki yang memadai, untuk menjelaskan mana riwayat yang shahih dan mana riwayat yang dha’if (lemah). Baik itu berupa hadis maupun atsar lainnya.Dan belum ada pula versi ringkasan yang memberikan jaminan bersih dari riwayat-riwayat dha’if (lemah). Sehingga hal tersebutakan menyulitkan pembaca dari kalangan awam bahkan mereka yang aktif dalam dunia keilmuan di dalam memilah dan memilih rirvayat-riwayat tersebut. Sehingga tidak tertutup kemungkinan mereka akan meyakini seluruh riwayat hadis yang mereka temukan di dalam “Tafsir Ibnu Katsir” sebagai suatu riwayat yang benar, lalu menyampaikannya kepada halayak, dengan alasan bahwa hadis tersebut diriwayatkan dalam “Tafsir Ibnu Katsir”. Padahal mungkin saja riwayat tersebut dha’if (lemah), kerana tidak seluruh riwayat hadis dan atsar yang disebutkan dalam “Tafsir Ibnu Katsir” adalah shahih.

Berangkat dari alasan di atas dan keprihatinan kami pada penafsiran al-Qur’an yang benar, serta keinginan kami untuk memberikan kemudahan kepada kaum muslimin di Indonesia di dalam memahami tafsir al-Qur’an, maka kami menerbitkan buku ini bekerjasama dengan penerbit versi Arab-nya “Darus Salam’ diRiyadh, Saudi Arabia.

Pilihan kami jatuh pada naskah buku ini kerana di samping”Tafsir Ibnu Katsir” merupakan buku tafsir yang paling popular di antara buku-buku tafsir yang ada, dan rujukan paling utama di dalam penafsiran al-Qur’an, juga kerana telah disusun ulang dan dibersihkan dari riwayat-riwayat yang dha’if (lemah) secara maksimal oleh sebuah tim ahli di bidangnya. Sebagaimana kami sebutkan hal tersebut secara rinci dalam pengantar cetakan pertama.

Kerananya kami berharap penerbitan buku ini dapat memberikan sumbangan besar dalam mendekatkan kaum muslimin kepada kitab suci mereka al-Qur’an dan di dalam memahaminya dengan benar.

Bersamaan dengan terbitnya cetakan ke-3 dari jilid 1 ini, atas seizin Allah kami telah berhasil menerbitkan jilid ke-9 yang merupakan jilid terkahir dari “Shahih Tafsir Ibnu Katsir”. Sehingga dengan demikian kami telah menyelesaikan penerbitan buku ini secara lengkap (9 jilid).

Dan akhirnya kami panjatkan puji dan syukur kepada Allah,atas segala kurnia dan kemudahanyang diberikan-Nya kepada kami, hingga kami dapat menuntaskan penerbitan buku ini dengan lengkap. Kemudian tak lupa kami aturkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah terlibat dalam terbitnya buku ini. Semoga Allah memberikan balasan kepada mereka berupa pahala yang berlipatganda dan menjadikannya sebagai pemberat timbangan amal kebaikan mereka kelak di hari Akhir.

Semoga shalawat dan salam senantiasa tercurahkan ke ribaan Nabi kita Muhammad, keluarga, parasahabat dan segenap umat yang mengikuti petunjuknya hingga hari Akhir. Aamiin

Bogor,

Shafar 1430 H.

Februari 2009 M.

PenerbitPT. PUSTAKA IBNU KATSIR

Harga Jualan : RM 800.00

Diskaun 10%

Harga Selepas Diskaun : RM 720.00

Kos bungkusan dan penghantaran : PERCUMA untuk Semenanjung Malaysia

Untuk maklumat detil tulis emel kepada kami di riduankhairi.enterprise@gmail.com

Sahih Tafsir Ibnu Katsir, Muqaddimah Cetakan Kedua

17 Disember 2010 § Tinggalkan komen


MUQADDIMAH CETAKAN KEDUA

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam semoga sentiasa tercurah kepada hamba dan Rasul-Nya, Nabi Muhammad, Rasul yang paling utama dan penutup para Nabi, juga atas keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikuti petunjuk dan meniti jej ak beliau hingga hari Kemudian.

Inilah cetakan kedua dari kitab al-Mishbaahul Muniir fii Tahziibi Tafsiir lbni Katsir yang diterbitkan oleh Maktabah Darus Salam lin Nasyr wat Tauzi’, Riyadh. Cetakan pertama telah habis dalam waktu singkat, dan kitab ini telah diterima di kalangan ahli ilmu, dan cukup membuat mereka kagum. Kita bersyukur kepada Allah atas kebaikan-Nya yang melimpah dan kurnia-Nya yang mulia.

Berkaitan dengan cetakan kedua ini, para penanggung jawab telah melakukan beberapa hal penting yang menjadi masukan dari para ulama dan dan para pakar dari bidangnya, selain yang telah disebutkan dalam cetakan pertama. Mereka meminta kepada Komisi Peneliti dan Persiapan Keilmuan untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut, di antaranya adalah:

1. Membuang seluruh hadits-hadits marfu’ yang lemah (dhaif) dan kedhaifannya tidak dapat dikuatkan untuk naik ke darjat diterima (makbul). Sehingga -alhamdulillah- dalam cetakan kedua ini tidak dimuatkan kecuali hadis-hadis yang sahih, hasan atau dha’if namun kedha’ifannya dapat dikuatkan hingga naik ke darjat qabul (diterima). Rakan-rakan kami para peneliti telah berusaha merealisasikan tugas ini dengan meneliti ucapan-ucapan para imam dan ahli ilmu mengenai hadis-hadis tersebut hingga sampai pada tujuan menentukan darjat hadis, apakah dhaif, hasan atau sahih. Lalu mengeluarkan hadis-hadis dhaif dan membuangnya, serta meninggalkan hadis-hadis yang lain. Mudah-mudahan Allah membalas mereka atas usaha yang baik dan layak disyukuri.

2. Memberi tanda bagi hadis-hadis yang marfu’ dan memberi harakat dalam sabda Nabi agar tidak terjadi kesamaran dalam perkara-perkara yang sulit bagi pembaca yang awam, sehingga makna-makna yang sahih menjadi jelas dan memudahkan bagi

para pembaca yang awam untuk membaca sabda-sabda Nabi dengan benar.

Shalawat, keberkahan dan salam semoga senantiasa tercurah kepada sebaik-baik makhluk-Nya, Nabi Muhammad, keluarga dan para Sahabat beliau.

Shafiyyurrahman al-Mubarakfuri

4 / 2 / 142l H.

Harga Jualan : RM 800.00

Diskaun 15%

Harga Selepas Diskaun : RM 680.00

Kos bungkusan dan penghantaran : PERCUMA

Untuk maklumat detil tulis emel kepada kami di riduankhairi.enterprise@gmail.com

Sahih Tafsir Ibnu Katsir, Muqaddiman Penyusun

17 Disember 2010 § Tinggalkan komen


Muqaddimah Penyusun, Syaikh Sofiurrahman Mubarakfuri

Segaia puji hanya bagi Allah Rabb semesta alam, selawat dan salam sentiasa tercurah kepada hamba dan Rasul-Nya, Nabi Muhammad, penutup para Nabi, juga kepada keluarga, para Sahabatnya yang mulia dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik hingga hari Pembalasan.

Sesungguhnya al-Qur’an yang mulia adalah kitab paling agung. Dengannya Allah memuliakan umat Islam ini. Al-Qur’an adalah kitab mulia yang tidak datang kepadanya kebatilan baik dari depan mahupun dari belakangnya, diturunkan dari (Rabb) Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji, dan memberikan petunjuk ke jalan yang paling lurus. Maka barangsiapa yang berpegang teguh kepadanya niscaya ia akan mendapat petunjuk ke jalan yang lurus. Dan barangsiapa yang meninggalkannya, sungguh dia berada dalam kerugian yang besar.

Umat Islam telah memberikan perhatian yang tiada taranya terhadap al-Quran sejak generasi Salaf yang telah berlalu dari umat. Para ulama umat ini telah membahas tentang al-Quran, baik dalam masalah hukum-hukum, hikmah-hikmah, makna-makna, hujjah,. keterangan, dalil-dalil, penjelasan, nasihat, faedah, berbagai kejadian dan peristiwa, ibarat, isyarat, mukjizat, i’rab (penguraian kalimat), berbagai jenis qira-at (bacaan), macam-ma cam lahjah (dialek) hingga keadaan geografis tempat-tempat yang disebutkan di dalam al-Qur’an, dan masih banyak lagi pembahasan lainnya.

Tafsir Ibnu Katsir merupakan kitab paling penting yang ditulis dalam masalah tafsir a1-Qur’an al-Azim, paling agung, paling banyak diterima dan tersebar di tengah umat ini. Karena Ibnu Katsir, adalah seorang yang ahli tentang ilmu-ilmu al-Qur’an dan as-Sunnah, serta ilmu tentang sejarah umat-umat terdahulu dan yang akan datang, ditambah lagi dengan kurnia Allah yang diberikan kepada beliau berupa pandangan yang tajam dan mendalam tentang Sunnatullah yang terjadi berkaitan dengan kemaslahatan, kerusakan, kemajuan, kemunduran serta kehancuran umat ini.

Beliau memiiiki pengetahuan yang luas atas apa yang diisyarat-kan pada pokok-pokok pembahasan sebelumnya. Dan beliau memilih riwayat-riwayat yang ma’tsur (datang dari Rasulullah), yang diriwayatkan secara turun-temurun dalam metode menafsirkannya. Beliau banyak membawakan hadis-hadis yang marfu’, perkataan Salafush Shalih dari kalangan Sahabat, Tabi’in, dan para imam pembawa petunjuk yang datang setelah mereka serta dari kalangan ulama yang memiliki kekuatan ilmu dan pandangan dalam bidang tafsir al-Qur’an dengan tidak melupakan sisi-sisi lain yang telah kami sebutkan. Oleh karena itulah kitab tafsir ini merangkum dua seni riwayah dan dirayah, serta manqul dan ma’qul. Kaum muslimin dapar memetik faedah yang sangat besar,dan kitab tafsir ini dapat diterima serta mendapat perhatian yang lebih dari kitab-kitab tafsir lainnya.

Dan sungguh saudara kami yang muiia Syaikh’Abdul Malik Mujahid, pimpinan sekaligus penanggung jawab maktabah Darus Salam memiliki keinginan yang tinggi, tujuan yang mulia dan amal yang berharga dalam berkhidmat menyebarkan buku-buku Salaf dalam bentuk yang bagus dan penampilan yang elok.

Setelah bermusyawarah dan berfikir mendalam, akhirnya beliau memilih sejumlah orang yang memiliki kemampuan dari para pembahas dan penulis untuk menulis kitab tafsir ini ke dalam beberapa bahasa sehingga dapat bermanfaat bagi para ahli ilmu di seluruh dunia. Beliau juga berpandangan alangkah baiknya jika kitab ini diringkas hingga ukurannya menjadi lebih kecil tanpa meninggalkan pembahasan-pembahasan yang ada di dalamnya dan memberikan judul yang sesuai bagi tiap-tiap pembahasan, serta menisbatkan setiap hadis dan ucapan -setelah diringkas- kepada rawi yang meriwayatkannya, sehingga faedahnya menjadi lebih sempurna. Dan beliau memilih Fadhilatsy Syaikh Abul Asybal Ahmad Syaghif untuk mengemban tugas ini -semoga Allah menjaganya dan memberikan berkah dalam kehidupannya.

Maka beliau mencurahkan seluruh kemampuan untuk meringkasnya dengan tetap mencantumkan sejumlah hadis dalam satu pokok bahasan untuk menyempurnakan makna dan menghapus hadis-hadis lain yang sifatnya hanya sebagai pengulangan untuk satu makna dari jalur sanad yang beragam. Demikian juga yang semisalnya dari ringkasan perkataan-perkataan ahli tafsir. Dan beliau menugaskan beberapa orang rekannya untuk mentakhrij hadis-hadis dan ucapan-ucapan para ulama di bawah pengawasannya serta melakukannya sesuai kemampuan. Adapun penjelasan makna- makna dari Ibnu Katsir dicantumkan sebagaimana adanya dengan memberikan judul di atas setiap pembahasan.

Kemudian, ‘Abdul Malik Mujahid meminta agar saya mengecek dan meneliti ulang, lalu saya pun melakukannya. Saya memperbaiki, merubah, menambah dan mengurangi jika memang saya anggap perlu. Demikian juga rekan kami yang mulia Syakil Ahmad as-Salafi, salah seorang pembahas dan pengedit di maktabah Darus Salam. Sehingga dengan demikian, kitab ini dapat tampil dalam bentuk yang enak dipandang dan menyenangkan, alhamdulillaah.

Beberapa hal penting lainnya:

  1. Ringkasan Tafsir lbnu Katsir ini diambil dari naskah yang dicetak oleh penerbit Darus Salam. Cerakan itu telah dikoreksi dan bersesuaian dengan naskah Mesir kuno yang dicetak oleh (Daar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah, ‘Isa al-Babi al-Haiabi dan serikatnya). Tarikh cetakan tidak tertera. Hanya saja ia telah dijadikan rujukan selama beberapa kurun waktu. Sebagaimana halnya naskah cetakan penerbit Darus Salam telah disesuaikan dengan lima naskah yang telah ditahqiq dan dicetak baru-baru ini, sehingga kesalahan-kesalahan yang ada diperbaiki semampu mungkin.
  2. Karakter lain dari naskah yang dijadikan pegangan dalam ringkasan tafsir ini, bahawa kesalahan yang terdapat dalam penulisan nama perawi dikoreksi dengan mrujuk kepada kitab-kitab asli yang berisi catatan biografi para perawi hadis. Lalu disebutkan mana yang benar dalam tanda kurung. Dan jika ada hal yang belum jelas, maka akan dijelaskan pada catatan kaki.
  3. Adapun ayat-ayat al-Qur’an yang terdapat di sela-sela tafsir telah diberi harakat sesuai dengan mushaf dan diberi tanda kurung, khusus untuk ayat-ayat al-Qur’an yang diambil dari mushaf yang telah diprogram dalam komputer.
  4. Pada bagian atas halaman dicantumkan nama surat dan nombornya serta nombor ayat untuk memudahkan rujukan.
  5. Apabila terdapat perbedaan pada naskah-naskah yang ada tentang penulisan nama-nama surah, maka yang dipilih adalah nama yang sesuai dengan kitab aslinya.
  6. Beberapa tambahan terhadap naskah asli dicantumkan di antara dua kurung [ ]. Dan tugas ini telah dikerjakan oleh beberapa rakan kami yang mulia yang brtugas pada bagian pembahasan dan koreksi di penerbitan, mudah-mudahan Allah membalas kebaikan mereka.

Penerbit telah berusaha menyajikan kitab ringkasan tafsir ini dalam jilid dengan ukuran yang sesuai dan harga yang murah, sehingga mudah tersebar ke seluruh penjuru dunia, dan tidak tersisa satu rumah kaum muslimin pun melainkan kitab yang penuh berkah ini ada di dalamnya dengan izin Allah Ta’ala. Juga menjadi bekal terbaik dari kitab-kitab mereka dan tabungan kebaikan bagi mereka di saat mukim maupun dalam perjalanan. Mudah-mudahan Allah menetapkan hal itu, Dia-lah yang memberikan taufiq kepada kebaikan dan memberi petunjuk ke jalan yang lurus.

Selawat, keberkahan dan salam semoga terlimpah atas sebaik-baik makhluk-Nya, Nabi Muhammad, keluarga danpara Sahabatbeliau.

Shafiyyurrahman al-Mubarakfuri

12 / 6 / 1420 H.

Harga Jualan : RM 800.00

Diskaun 10%

Harga Selepas Diskaun : RM 720.00

Kos bungkusan dan penghantaran : PERCUMA untuk Semenanjung Malaysia

Untuk maklumat detil tulis emel kepada kami di riduankhairi.enterprise@gmail.com

Ibnu Katsir rahimahullah

14 Disember 2010 § 1 Komen


BIOGRAFI PENULIS (Ibnu Katsir)

Ditulis oleh Syaikh Abdul Qadir al-Arna-uth (semoga Allah menjaganya).

Beliau adalah Imam yang mulia Abul Fida’ ‘Imaduddin Isma’il bin ,Umar bin Katsir al-Qurasyi al-Bushrawi. Berasal dari kota Bashrah, kemudian menetap, belajar dan mengajar di Damaskus. Dilahirkan di Mijdal, sebuah tempat di kota Bashrah pada tahun 701.H (1302 M).

Ayah beliau adalah seorang khatib di kota itu. Ayahnya meninggal ketika beliau baru berusia empat tahun. Kemudian beliau diasuh oleh abangnya, Syaikh Abdul Wahhab dan dialah yang mendidik beliau di usia dininya. Kemudian beliau pindah ke Damsyik, negeri Syam pada tahun 706H, ketika beliau berusia lima tahun.

GURU-GURU BELIAU

  1. Syaikh Burhanuddin Ibrahim bin Abdirrahman al-Fazari yang terkenal dengan nama Ibnul Farkah (wafat 729 H).
  2. Di Damsyik Syria, beliau belajar dengan Isa bin al-Muth’im,
  3. Ahmad bin Abi Thalib, terkenal dengan nama Ibnu Syahnah (walat 730H),
  4. Ibnul Hajjar yang (wafat 730 H),
  5. Baha-uddin al-Qasim bin Muzhaffar Ibnu Asakir, ahli hadis negeri Syam yang wafat pada tahun 723 H,
  6. Ibnu asy-Syirazi,
  7. Ishaq bin Yahya al-Amidi Afifuddin –ulama Zhahiriyah (wafat 725 H),
  8. Muhammad lbnu Zar rad, menyertai Syaikh Jamaluddin Yusuf bin az-Zaki al’Mizzi (wafat 742H), beliau mendapat banyak faedah dan menimba ilmu darinya dan akhirnya beliau menikahi puterinya.
  9. Syaikhul Islam Taqiyyuddin Ahmad bin Abdil Halim bin Abdis Salam bin Taimiyyah (wafat 728 H),
  10. sebagaimana beliau menimba ilmu dari Syaikh al-Hafizh, seorang ahli tarikh (sejarah), Syamsuddin Muhammad bin Ahmad bin ‘Utsman bin Qayimaz adz-Dzahabi (wafat pada tahun 748 H).
  11. Dan ulama Mesir yang memberi beliau ijazah adalah Abu Musa al-Qarafi,
  12. Abul Fath ad-Dabbusi,
  13. Ali bin Umar as-Sawani dan lain-lain.

Al-Hafizh adz-Dzahabi berkata tentan Ib nu Katsir dalam al-Mu’jam al-Mukhtashsh,

“Beliau adalah seorang imam lagi pemberi fatwa, ahli hadis yang pakar, ahli fiqih yang berwawasan luas, ahli tafsir dan memiliki banyak tulisan yang bermanfaat.”

Al-Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata dalam ad-Duraral-Kaaminah,

“Beliau selalu menyibukkan diri dengan hadis, menelaah matan dan rijal hadis. Beliau adalah orang yang memiliki hafalan yang banyak, kecerdasannya bagus, memiliki banyak karya tulis semasa hidupnya dan telah memberikan manfaat yang sangat banyak kepada orang-orang selepas meninggal.”

Ahli sejarah yang terkenal dengan nama Abul Mahasin Jamaluddin Yusuf Ibnu Saifuddin yang terkenal dengan nama Ibnu Taghri Bardi berkata dalam kitabnya al-Manhalush Shaafii wal Mustaufa ba’ dal Woofi,

“Beliau adalah syaikh imam al-‘ Allamah’ Imaduddin Abul Fida’, ulama yang banyak berkarya) terus bekerja, meraup ilmu dan menulis, pakar dalam bidang fiqih, tafsir dan hadis.Beliau mengumpulkan, mengarang, mengajar, menyampaikan hadis dan menulis. Beliau memiliki penelaahan yang luas dalam ilmu hadis, tafsir, fiqih, bahasa Arab dan ilmu-ilmu lainnya. Beliau mengeluarkan fatwa dan mengajar hingga beliau wafat, semoga Allah merahmati beliau. Beliau dikenal sebagai uiama yang memiliki hafalan yang kuat dan tulisan yang bagus. Ia telah mencapai puncak dalam ilmu sejarah, hadis dan tafsir.

MURID-MURID BELIAU

Murid-murid beliau sangatlah banyak, di antaranya adalah Ibnu Haji. Disebutkan tentangnya bahwa ia adalah seorang yang memiliki hafalan paling kuat terhadap matan-matan hadis yang pernah kami dapati. Paling tahu tentang cacat-cacat hadis, perawi-perawinya, shahih dan dha’ifnya, dan rakan-rakan serta guru-gurunya mengakui hal tersebut. Sejauh ini, setiap kali saya bertemu dengannya pasti saya memperoleh faedah darinya.

Ibnul ‘Imad al-Hanbali berkata dalam kitabnya yang berjudul Syadzaraatudz Dzahabfii Akhbaari Man Dzahab:

“Beliau adalah al-Hafizh al-Kab ir’ Imaduddin, hafalannya banyak dan jarang lupa,pemahamannya baik, ilmu bahasa Arabnya tinggi.”

Ibnu Habib berkata tentangnya, “Ia mendengar riwayat, mengumpulkan, menulis, mengeluarkan fatwa, menyampaikan hadis, memberi banyak faedah, dan lembaran-lembaran fatwanya tersebar ke berbagai negeri. Ia dikenal dengan kekuatan hafalan dan keelokan karangarannya.”

TULISAN-TULISAN BELIAU

Tulisan beliau sangatlah banyak, di antaranya:

  1. Termasuk tulisan beliau yang terbesar adalah kitab tafsir al-Qur-an. Kitab ini adalah sebaik-baik kitab tafsir dengan riwayat, telah diterbitkan berulang kali dan telah diringkas oleh banyak ulama.
  2. Kitab sejarah yang dinamakan al-Bidaayah, terdiri dari 14 jilid, dengan judul al-Bidayah wan Nihayah. Di dalamnya disebutkan tentang kisah-kisah para Nabi dan umat-umat terdahulu, sirah Nabawiyah, sejarah Isl am hingga zamannya ditambah dengan pembahasan tentang fitnah dan tanda-tanda hari Kiamat serta keadaan pada hari Akhir dan al-Malaahim (pertumpahan darah). Dan telah ditahqiq oleh banyak ulama.
  3. At-Takmiil fi Ma’rifatis Siqat wa Dhu’afa wal Majaahil. Di dalamnya terangkum dua kitab dari tulisan guru beliau, yaitu al-Mi zzi dan adz-Dzahabi (Tahdzibul Kamal fi Asma Rijal) dan (Liizan I’tidal fii Naqdir Rijal) dengan disertai beberapa tambahan yang bermanfaat dalam masalah al-jarh wat ta’dil.
  4. Al-Hadyu was Sunan fi Ahadis Masad wa Sunan yang dikenai dengan nama Jami’ al-Masanid. Di dalamnya terangkum Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, a|-Bazzar, Abu Ya’la al-Mushili, Ibnu Abi Syaibah, beserta Kutubus Sittah. Beliau menyusunnya berdasarkan bab-bab fiqih, dan baru-baru ini telah dicetak beberapa juz darinya.
  5. Thabaqaat asy-Syafi’iyyah dengan ukuran sedang disertai biografi Imam asy-Syafi’i.
  6. Beliau mentakhrij hadis-hadis yang digunakan sebagai dalil dalam kitab at – Tanbih fi Fiqh asy-Sy afi’iah.
  7. Beliau memulai penulisan syarah Sahih Bukhari dan belum sempat menyelesaikannya.
  8. Beliau memulai penulisan kitab besar dalam masalah-masalah hukum namun belum sempat menyelesaikannya, dan tulisan beliau ini sudah sampai pada kitab Haji.
  9. Ringkasan kitab al-Madkhal, karya al-Baihaqi dan sebahagian besar belum diterbitkan.
  10. Beliau meringkas kitab ‘Ulumul Hadis karya Abu ‘Amr bin ash-Shalah, yang beliau beri judul (Al-mukhtashar ‘Ulumil Hadis) yang dicetak oleh Syaikh Ahmad Muhammad Syakir, seorang ahli hadis dari Mesir disertai penjelasan dari beliau dan diberi judul al-Baa’itsul Hatsiirsfii Syarh Mukhtashar ‘Ulumil Hadis, dan telah dicetak beberapa kali.
  11. Sirah Nabawiyyah yang panjang (bagian dari kitab al-Bidaayah) dan ringkasannya, keduanya diterbitkan dalam cetakan yang berbeda.
  12. Risalah dalam masalah jihad yang diberi judul al-Ijtihaad fi Thalabil Jihad, dan telah dicetak berulang kali.

WAFAT

Al-Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata, “Beliau hilang penglihatan di akhir hayatnya dan wafat di Damaskus, Syam pada tahun 77 4 H/ 1373 M. Semoga Allah mencurahkan rahmat seluas-luasnya kepada beliau dan menempatkan beliau di Surga-Nya yang luas.

disarikah dari kitab terjemahan Sahih Tafsir Ibnu Katsir, jilid 1. Terbitan Pustaka Ibnu Katsir.

 

Sahih Tafsir Ibnu Katsir, Pengantar Penerbit

14 Disember 2010 § Tinggalkan komen


PENGANTAR PENERBIT Cetakan Pertama

Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan kejelekan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkanya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.

Aku bersaksi bahwasanya tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahwasanya Nabi Muhammad , adalah hamba danRasul-Nya.

“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takzwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (QS.Ali’Imran: 102)

“Hai sekalian manusia, bertakwalah hepada Rabb-mu y ang telah menciptakanmu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mengunakan) Nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (pelibaralah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.” (QS. An-Nisaa': 1)

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perhataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang beser. “(QS. Al-Ahzaab:70-71)

Amma ba’du:

Sesungguhnya, sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah (al-Qur’an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad, (as-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnyadi neraka.

Wa ba’du:

AL-QUR’AN SALAH SATU NIKMAT TERBESAR

Allah telah memberikan kenikmatan kepada umat Islam dengan agama yang Dia redhai, yakni Islam. Kemudian Dia mengutus Nabi Muhammad insan pilihan kepada umat ini sebagai pembawa rahmat bagi seluruh alam. Sebagaimana Dia telah memuliakan umat ini dengan al-Qur’an, sebagai petunjuk bagi mereka dalam menjalani kehidupan. Di dalamnya terhimpun segala sesuatu yang diperlukan manusia. Mulai dari masalah Akidah, hukum, nasihat, adab dan kisah-kisah tentang orang-orang terdahulu yang saratdengan pelajaran. Perbahasan-perbahasannya kuat tak terbantahkan, bahasanya jelas, tegas dan lugas, menunjukkan keberadaan Sang Pencipta alam semesta.

LALU APAKAH KEWAJIBAN KITA TERHADAPAL-QUR’AN?

Di dalam Sbahih Muslim (no. 55 (95) diriwayatkan sebuah hadis dari Tamim ad-Dari, ia berkata, “Nabi bersabda, ‘Agama itu adalah nasihat.’ Maka kami berkata, ‘Untuk siapa?’ Beliau bersabda, ‘Untuk (hamba dalam rangka beriman kepada) Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya., dan (dalam rangka menasihati) para pemimpinkaum muslimin dan kaum muslimin secara umum.”‘

Para ulama menerangkan bahwa nasihat kepada Kitabullah adalah:

  1. Beriman bahwa al-Qur’an adalah firman Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad. Kandungan isinya tidak menyerupai perkataan seorang pun dari makhluk-Nya. Dan tidak satupun di antara makhluk-Nya yang sanggup membuat sesuatu yang serupa dengannya.
  2. Membacanya dengan baik dan benar, serta disertai kekhusyu’-an.
  3. Mengagungkannya dengan cara memahami serta mengamalkan petunjuk-petunjuknya.

BAGAIMANA CARA KITA MEMAHAMI DANMENGAMALKANNYA?

Jika kita ingin mengamalkan petunjuknya dengan benar danpenuh keikhlasan, maka kita harus memahaminya terlebih dahulu berdasarkan penjelasan Rasulullah, dan melalui pemahaman salafus Shalih. Rasulullah, telah menjelaskan al-Qur’an ini kepada para Sahabatnya yang telah mendapatkan kurnia taufiq dari Allah dengan cahaya keimanan dan petunjuk. Beliau telah menerangkan mana yang halal dan mana yang haram, mana yang terpuji dan mana yang tercela, mana yang merupakan ibadah dan mana yang merupakan maksiat serta bid’ah. Beliau telah menjelaskannya dengan perkataan, perbuatan atau persetujuan dan pengukuhan beliau terhadap apa yang dilakukan para Sahabatnya. Beliau telah menjelaskan janji Allah ancaman-ancaman-Nya. Beliau juga menyampaikan berbagai khabar gembira dan peringatan. Beliau telah ditugaskan oleh Allah sebagai penafsir al-Qur’an paling utama, setelah al-Qur’an itu sendiri, di mana ayat-ayatnya saru sama lain saling menjelaskan. Allah berfirman:

“… Dan Kami turunkan kepadamu alL-Qur’an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yangtelah diturunkan kepada mereka supaya mereka memikirkan.” (QS. An-Nahl: 44)

Setelah beliau wafat, maka Allah meneguhkan sekelompok ulama umat ini untuk senantiasa mengerahkan segenap kemampuan dan usaha mereka dalam memahami al-Qur’an sesuai dengan penjelasan yang disampaikan oleh Rasulullah, dalam Sunnahnya, dan sesuai dengan pemahaman para Sahabat yang langsung mendengar penjelasan tersebut dari beliau. Dengan demikian, ilmu mereka menjadi kokoh dan kuat, serta terperinci dan mendalam. Mereka dengan izin Allah telah menjadi pendekar-pendekar umat yang berada di garisan depan untuk membela al-Qur’an dan as-Sunnah. Mereka menjadi sumber rujukan umat Islam seluruhnya dalam memahami hukum-hukum yang pelik dari alqur’an serta tafsirnya. Di antara mereka adalah al-Imam al-‘Allamal al-Hafrzh’Imaduddin Abul Fida’Isma’il bin’Umar bin Dhau’bin Katsir, al-Qurasyi asy-Syafi’i ad-Dimasyq yang kita kenali dengan sebutan Ibnu Katsir, penyusun kitab Tafsirul Qur’anuil ‘Azhim yang sangat terkenal.

MENGAPA HARUS TAFSIR IBNU KATSIR?

Tafsir Ibnu Katsir merupakan kitab paling penting dan agungyang pernah ditulis dalam menafsiri kitab suci al-qur’an dan paling banyak diterima dan tersebar di tengah umat ini. Penulisnya telah menghabiskan waktu yang sangat lama untuk menyusunnya. Tidak menghairankan jika penafsiran beliau sangat kaya dengan riwayat (baik hadis maupun atsar), bahkan hampir seluruh hadis periwayatan Imam Ahmad yang terdapat dalam kitab al-Musnad tercantum dalam kitab tafsir ini.

Beliau pun menggunakan rujukan-rujukan penting lainnya yang sangat banyak, sehingga menjadikan karya beliau ini sangat kaya akan manfaat dalam berbagai disiplin ilmu agama (seperti’Aqidah, Fiqih dan lain-lain). Kerananya sangar wajar apabila Imam as-Suyuthi memujinya dan berkata: “Belum pernah ada kitab tafsir yang semisal dengannya.”

Selain itu, metode beliau dalam penyusunan kitab yang sangat bermanfaat ini adalah dengan cara menyebutkan ayat terlebih dahulu, kemudian menjabarkan maknanya secara umum, selanjutnya menafsirkannya dengan ayat, hadis atau perkataan sahabat dan Tabi’in. Terkadang beliau menjelaskar seputar hukum yang berkaitan dengan ayat, dengan dukungan dalil-dalil lain dari al-Qur’an dan as-Sunnah serta dilengkapi dengan pendapat-pendapat para ahli fiqih disertai dalilnya apabila di dalam masalah tersebut terdapat perbezaan pendapat di antara mereka. Selanjutnya beliau (memilih/menguatkan) salah satu dari pendapat mereka.

Beliau memang seorang yang ahli dalam ilmu-ilmu al-Qur-an dan as-Sunnah, serta ilmu tentang sejarah umar-umat terdahulu dan keadaan umat yang akan datang (sebagaimana yang beliau ungkapkan dalam kitab at-Bidaayah wan Nihayah). Namun tidak bisa dipungkiri, dengan pembahasan yang panjang dan mendalam ini, maka majoriti umat Islam, yang awam di zaman sekarang ini akan merasa berat jika mereka harus membaca kitab aslinya yang tergolong rumit, terutama yang berkaitan dengan periwayatan hadis yang terkadang tidak dijelaskan oleh beliau kedudukan dan statusnya, tetapi beliau mencukupkan dengan menyebutkan mata rantai riwayatnya secara detail. Dan dalam kasus ini sangat banyak sekali terjadi.

Oleh kerana itulah Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfuri-Rahimahullah- memimpin satu tim ahli untuk meringkasnya dan membuang seluruh riwayat-riwayat hadis yang dha’if (lemah)-sebagaimana hal tersebut beliau jelaskan dalam mukaddimah cetakan kedua hingga ukurannya menjadi lebih kecil tanpa meninggalkan pembahasaan penting yang terdapat didalamnya. Beliau pun memberikan judul yang sesuai bagi tiap-tiap pembahasan, serta menisbatkan setiap hadis dan ucapan setelah diringkas kepada rawi yang meriwayatkannya, hingga faedahnya menjadi lebih sempurna. Beliau memberi judul kitab ringkasan tersebut dengan al-Mishbaahul Muniir fii Tahdziibi Tafsiiri IbniKatsir, yang kemudian kami terjemahkan dengan judul “ShahihTafsir Ibnu Katsir.”

KELEBIHAN BUKU INI:

A. Mengapa Dinamakan “Shahih Tafsir Ibnu Katsir?”

Pertama, kerana tim al-Mishbaahul Muniir sendiri telah berkomitmen untuk hanya menampilkan hadis-hadis shahih dan hasan saja, menjauhkan hadis-hadis dha’if dan maudhu’ serta membuang kisah-kisah Israiliyyat.

Kedua, seandainya ditemukan hadis dha’if pun, maka hadis tersebut sebenarnya adalah hadis yang memiliki beberapa penguat atau pendukung dari hadis-hadis lain yang memiliki derajat qabul (diterima). Dan sepanjang penelitian kami, hadis-hadis seperti ini sangat sedikit, serta tidak akan membuat para pembaca menjadi ragu untuk menerima dan mengamalkannya.

B. Langkah Lain yang dilakukan oleh Pustaka Ibnu Katsir:

Adapun langkah-langkah lain yang kami lakukan untuk menambah keilmiahan, ketenteraman) serta kemudahan para pem-baca buku ini adalah:

  1. Mencantumkan penomboran ayat-ayat dan surat yang banyak disebutkan dalam penafsiran ayat yang sedang dibahas.
  2. Kami berusaha mentakhrij semua hadis yang tercantumdalam kitab tafsir ini. Dalam hal ini kami merujuk kepada kitab Tafsiir al-Qur-aanil’Azhiim yang ditakhrij oleh Syaikh Hani al-Haj. Baik dari segi penomboran mahupun pengesahan hadis. Apabila pengesahannya bersumber dari kitab-kitab karya Syaikh al-Albani, maka kami padankan penomborannya dengan kitab-kitab beliau yang kami miliki.
  3. Hadis-hadis yang pengesahannya tidak tercantum dalam kitab tersebut, kami rujukkan kepada kitab aslinya yang disertai dengan pengesahan hadis dari ahli hadis terkemuka. Sebagaicontoh, hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang pengesahannya tidak terdapat dalam kitab-kitab syaikh al-Albani, kami rujukkan kepada kitab Musnad al-Imam Ahmadbin Hanbal yang ditakhrij oleh Syaikh Syu’aib al-Arna-uth.
  4. Adapun atsar (riwayat selain hadis Nabi), maka kami tidak mentakhrijnya, kami biarkan sebagaimana kitab aslinya (al-Mishbaahul Muniir). Meskipun demikian, jika di dalamkitab aslinya tidak terdapat keterangan tentang sumber atsar tersebut, maka kami berusaha sedapat mungkin untuk mencantumkan keterangan tersebut dari kitab lain. Namun seperti telah disebutkan di atas, atsar-atsar tersebut tidak kami takhrij, melainkan kami biarkan apa adanya. Hal ini disebabkan beberapa hal, antara lain:
  • Atsar-atsar tersebut ditulis/diriwayakan oleh ahli-ahli hadis terkemuka seperti Ibnu Abi Hatim dan yang lainnya, yang sudah sangat kita kenal keilmuannya.
  • Apabila takhrij setiap atsar kami cantumkan, maka dikhuwatiri akan mempertebal halaman buku ini.
  • Kami percaya penuh kepada tim penyusun kitab al-Mish-baah ul-Muniir dalam komitmennya untuk menampilkanriwayat-riwayat yang maqbul.

Dalam melakukan takhrij hadis yang diletakkan dalam foot-note, kami sengaja mengawali keterangannya dengan menyebutkan darjat hadis, seperti shahih, hasan atau dha’if, dengan huruf tebal, untuk memudahkan pembaca agar dapat langsung mengetahui derajat hadis tersebut. Adapun jika hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari atau Imam Muslim atau diriwayatkan oleh sekelompok perawi hadis di mana Bukhari dan Muslim ada di dalamnya, maka kami tidak mencantumkan derajat hadis tersebur, kerana ulama-ulama Ahlus Sunnah telah sepakat atas keshahihannya.

Untuk memudahkan pembaca dalam mencari hadis dari sumbernya, maka setiap hadis kami cantumkan dengan nombornya. Penomboran tersebut disesuaikan dengan kitab-kitab hadis yang kami miliki. Adapun perinciannya sebagai berikut:

a. Al-Bukhari berdasarkan penomboran kitab Fathul Baari.

b. Muslim berdasarkan penomboran Muhammad Fu-ad’Ab-dul Baqi.

c. Abu Dawud berdasarkan penomboran Muhammad Fu-ad’Abdul Baqi.

d. At-Tirmidzi berdasarkan penomboran Muhammad Fu-ad’Abdul Baqi.

e. An-Nasaa-i berdasarkan penomboran’Abdul Fattah Abu Ghuddah.

f. Ibnu Majah berdasarkan penomboran Muhammad Fu-ad’Abdul Baqi.

g. Mengenai riwayat Imam Ahmad, perlu diketahui bahwatim penyusun kitab asli mencantumkan penomboran berdasarkan cetakan al-Maimaniyahah, sebelum ditakhrij oleh Syaikh Syu’aib al-Arna uth beserta lainnya. Oleh kerana itu, untuk kesempurnaannya, kami menambahkan penomboran yang baru berdasarkan Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal yang telah ditahqiq dan ditakhrij oleh beliau (Syaikh al-Arna’uth) berserta timnya yang dicetak oleh Mu-assasah ar-Risalah, Beirut.

h. Jika sumber pengesahan sebuah hadis (baik shahih maupundha’if) terdapat dalam banyak kitab-kitab karya Syaikh al-Albani, maka kami cukupkan dengan mencantumkan satu sumber saja.

Kami berusaha menerjemahkan kitab yang penuh manfaat ini sebaik-baiknya agar mudah difahami oleh para pembaca, sehingga kami berupaya untuk memperjelas istilah, juga nama-nama tempat yang mungkin akan sulit difahami oleh sebahagian pembaca. Khusus dalam penerjemahan hadis-hadis Nabi, kami selalu menerjemahkannya dengan bantuan kitab-kitab syarah (penjelasnya) pada masing-masing kitab hadis.

Kami pun menambahkan sub-sub judul yang kami anggap perlu untuk lebih memperjelas tema-tema yang sedang dibahas, serta memudahkan pencarian tema tersebut dari daftar isi.

Inilah persembahan kami, semoga kehadirannya membawa manfaat yang sangat besar bagi kaum muslimin di tanah air secara umum dan menjadi tambahan referensi yang berharga bagi kalangan penuntut ilmu. Akhirnya, kepada Allah semata kami bersyukur atas terbitnya buku ini, semoga upaya kami ini menjadi amal shalih yang diridhai-Nya.

Selawat serta salam semoga sentiasa dilimpah curahkan kepaada Rasulullah, keluarga dan para Sahabatnya. Amin.

Bogor,

Pebruari 2009 M.

Rabi’ul Awwal 1,429 H.

Penerbit:PT. PUSTAKA IBNUKATSIR

Harga Jualan : RM 800.00

Diskaun 10%

Harga Selepas Diskaun : RM 720.00

 Kos bungkusan dan penghantaran : PERCUMA untuk Semenanjung Malaysia

Untuk maklumat detil tulis emel kepada kami di riduankhairi.enterprise@gmail.com

Komentar Imam Syaukani, Imam As-Suyuti dan Ibn Uthaimin

13 Oktober 2010 § Tinggalkan komen


Al-Imam Asy-Syaukani rahimahullah -beliau juga menulis tafsir (ed. Fathul Qadir)- mengatakan bahwa Tafsir Ibnu Katsir adalah salah satu kitab tafsir terbaik, jika tidak bisa dikatakan sebagai tafsir terbaik, dari kitab-kitab tafsir yang ada. Al-Imam As-Suyuthi rahimahullah menilai tafsirnya menakjubkan, belum ada ulama yang menandinginya. Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah dalam bukunya Al-‘Ilmu menganjurkan penuntut ilmu membaca Tafsir Al Qur’anil ‘Azhim atau yang lebih dikenal dengan Tafsir Ibnu Katsir.

Where Am I?

You are currently browsing the Tafsir Ibnu Kathir category at Kitab Tafsir Muktabar.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.