Berusaha Memahami Makna al-Qur’an

22 Disember 2012 § Tinggalkan komen


Berusaha Memahami Makna al-Qur’an

~ iaitu dengan merujuk kitab tafsir yang menitik-beratkan sisi penjelasan makna, selain juga mempelajari kedalaman bahasa, I’rab atau masalah fiqh. Di antara tafsir yang terbaik adalah Tafsir Ibn Kathir dan Tafsir As-Sa’di. (Nikmatnya Membaca al-Qur’an ~ Dr. Said Abdul Adhim, hlm. 77)

~ aspek balaghah yang terbaik menurut Syeikh Ibn Uthaimin rhm adalah Tafsir Zamakhsyari. Hanya sahaja tafsir ini mengundang bencana dari aspek akidah kerana padanya takwilan-takwilan akidah muktazilah. (Syarh Hilyah)

~ dari aspek i’rab ~ Syeikh Muqbil Hadi al-Wad’i rhm pernah mencadangkan Tafsir Fathul Qadir karyan Imam Syaukani.

~ dari aspek fiqh ~ aku tidak tahu yang lebih besar manfaatnya berbanding Tafsir al-Qurtubi.

Kredit kepada rakan FB: Marzuki Abdullah. Jazakallahikhair

Sahih Tafsir Ibnu Katsir, Pengantar Cetakan Ke-3

24 Disember 2010 § Tinggalkan komen


PENGANTAR PENERBIT Cetakan ke-3

Segala puji hanya milik Allah Tuhan semesta alam. Selawaat dan salam semoga sentiasa tercurah ke ribaan hamba dan utusan-Nya, Muhammad bin ‘Abdillah, penutup para Nabi, serta keluarganya yang suci, para Sahabatnya yang mulia dan segenap umatnya yang mengikuti petunjuk beliau hingga hari Akhir.

Sejak pertama kali diterbitkan pada Ogos 2007 yang lalu,buku “Shahih Tafsir lbnu Katsir” ini telah mendapat tanggapan positif dari kalangan pembaca. Bahkan dalam beberapa event penting, seperti pameran dan lainnya, buku ini cukup mendapat perhatian pengunjung.

Alhamdulillaah, dengan seizin Allah, saat ini kami dapat menerbitkan cetakan ke-3 dari “Shahih Tafsir Ibnu Katsir” jilid1 ini. Tentunya ini semua merupakan kurnia Allah yang patut kami syukuri. Kerana penerbitan buku ini berangkat dari keinginan kami untuk memberikan kemudahan bagi kaum muslimin secara umum di dalam memahami al-Quranul Karim dan para penuntut ilmu secara khusus di dalam menggali nilai-nilai yang terkandung di dalamnya melalui penafsiran yang benar dan dapat dipertanggungjawabkan.

Memang telah banyak “Tafsir Ibnu Katsir” yang telah diterbitkan dalam bahasa Indonesia sebelum ini. Namun dari sekian banyak versi yang terbit, baik versi aslinya maupun ringkasannya, belum ada yang memberikan tambahan catatan kaki yang memadai, untuk menjelaskan mana riwayat yang shahih dan mana riwayat yang dha’if (lemah). Baik itu berupa hadis maupun atsar lainnya.Dan belum ada pula versi ringkasan yang memberikan jaminan bersih dari riwayat-riwayat dha’if (lemah). Sehingga hal tersebutakan menyulitkan pembaca dari kalangan awam bahkan mereka yang aktif dalam dunia keilmuan di dalam memilah dan memilih rirvayat-riwayat tersebut. Sehingga tidak tertutup kemungkinan mereka akan meyakini seluruh riwayat hadis yang mereka temukan di dalam “Tafsir Ibnu Katsir” sebagai suatu riwayat yang benar, lalu menyampaikannya kepada halayak, dengan alasan bahwa hadis tersebut diriwayatkan dalam “Tafsir Ibnu Katsir”. Padahal mungkin saja riwayat tersebut dha’if (lemah), kerana tidak seluruh riwayat hadis dan atsar yang disebutkan dalam “Tafsir Ibnu Katsir” adalah shahih.

Berangkat dari alasan di atas dan keprihatinan kami pada penafsiran al-Qur’an yang benar, serta keinginan kami untuk memberikan kemudahan kepada kaum muslimin di Indonesia di dalam memahami tafsir al-Qur’an, maka kami menerbitkan buku ini bekerjasama dengan penerbit versi Arab-nya “Darus Salam’ diRiyadh, Saudi Arabia.

Pilihan kami jatuh pada naskah buku ini kerana di samping”Tafsir Ibnu Katsir” merupakan buku tafsir yang paling popular di antara buku-buku tafsir yang ada, dan rujukan paling utama di dalam penafsiran al-Qur’an, juga kerana telah disusun ulang dan dibersihkan dari riwayat-riwayat yang dha’if (lemah) secara maksimal oleh sebuah tim ahli di bidangnya. Sebagaimana kami sebutkan hal tersebut secara rinci dalam pengantar cetakan pertama.

Kerananya kami berharap penerbitan buku ini dapat memberikan sumbangan besar dalam mendekatkan kaum muslimin kepada kitab suci mereka al-Qur’an dan di dalam memahaminya dengan benar.

Bersamaan dengan terbitnya cetakan ke-3 dari jilid 1 ini, atas seizin Allah kami telah berhasil menerbitkan jilid ke-9 yang merupakan jilid terkahir dari “Shahih Tafsir Ibnu Katsir”. Sehingga dengan demikian kami telah menyelesaikan penerbitan buku ini secara lengkap (9 jilid).

Dan akhirnya kami panjatkan puji dan syukur kepada Allah,atas segala kurnia dan kemudahanyang diberikan-Nya kepada kami, hingga kami dapat menuntaskan penerbitan buku ini dengan lengkap. Kemudian tak lupa kami aturkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah terlibat dalam terbitnya buku ini. Semoga Allah memberikan balasan kepada mereka berupa pahala yang berlipatganda dan menjadikannya sebagai pemberat timbangan amal kebaikan mereka kelak di hari Akhir.

Semoga shalawat dan salam senantiasa tercurahkan ke ribaan Nabi kita Muhammad, keluarga, parasahabat dan segenap umat yang mengikuti petunjuknya hingga hari Akhir. Aamiin

Bogor,

Shafar 1430 H.

Februari 2009 M.

PenerbitPT. PUSTAKA IBNU KATSIR

Harga Jualan : RM 800.00

Diskaun 10%

Harga Selepas Diskaun : RM 720.00

Kos bungkusan dan penghantaran : PERCUMA untuk Semenanjung Malaysia

Untuk maklumat detil tulis emel kepada kami di riduankhairi.enterprise@gmail.com

Sahih Tafsir Ibnu Katsir, Muqaddimah Cetakan Kedua

17 Disember 2010 § Tinggalkan komen


MUQADDIMAH CETAKAN KEDUA

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam semoga sentiasa tercurah kepada hamba dan Rasul-Nya, Nabi Muhammad, Rasul yang paling utama dan penutup para Nabi, juga atas keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikuti petunjuk dan meniti jej ak beliau hingga hari Kemudian.

Inilah cetakan kedua dari kitab al-Mishbaahul Muniir fii Tahziibi Tafsiir lbni Katsir yang diterbitkan oleh Maktabah Darus Salam lin Nasyr wat Tauzi’, Riyadh. Cetakan pertama telah habis dalam waktu singkat, dan kitab ini telah diterima di kalangan ahli ilmu, dan cukup membuat mereka kagum. Kita bersyukur kepada Allah atas kebaikan-Nya yang melimpah dan kurnia-Nya yang mulia.

Berkaitan dengan cetakan kedua ini, para penanggung jawab telah melakukan beberapa hal penting yang menjadi masukan dari para ulama dan dan para pakar dari bidangnya, selain yang telah disebutkan dalam cetakan pertama. Mereka meminta kepada Komisi Peneliti dan Persiapan Keilmuan untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut, di antaranya adalah:

1. Membuang seluruh hadits-hadits marfu’ yang lemah (dhaif) dan kedhaifannya tidak dapat dikuatkan untuk naik ke darjat diterima (makbul). Sehingga -alhamdulillah- dalam cetakan kedua ini tidak dimuatkan kecuali hadis-hadis yang sahih, hasan atau dha’if namun kedha’ifannya dapat dikuatkan hingga naik ke darjat qabul (diterima). Rakan-rakan kami para peneliti telah berusaha merealisasikan tugas ini dengan meneliti ucapan-ucapan para imam dan ahli ilmu mengenai hadis-hadis tersebut hingga sampai pada tujuan menentukan darjat hadis, apakah dhaif, hasan atau sahih. Lalu mengeluarkan hadis-hadis dhaif dan membuangnya, serta meninggalkan hadis-hadis yang lain. Mudah-mudahan Allah membalas mereka atas usaha yang baik dan layak disyukuri.

2. Memberi tanda bagi hadis-hadis yang marfu’ dan memberi harakat dalam sabda Nabi agar tidak terjadi kesamaran dalam perkara-perkara yang sulit bagi pembaca yang awam, sehingga makna-makna yang sahih menjadi jelas dan memudahkan bagi

para pembaca yang awam untuk membaca sabda-sabda Nabi dengan benar.

Shalawat, keberkahan dan salam semoga senantiasa tercurah kepada sebaik-baik makhluk-Nya, Nabi Muhammad, keluarga dan para Sahabat beliau.

Shafiyyurrahman al-Mubarakfuri

4 / 2 / 142l H.

Harga Jualan : RM 800.00

Diskaun 15%

Harga Selepas Diskaun : RM 680.00

Kos bungkusan dan penghantaran : PERCUMA

Untuk maklumat detil tulis emel kepada kami di riduankhairi.enterprise@gmail.com

Ibnu Katsir rahimahullah

14 Disember 2010 § 1 Komen


BIOGRAFI PENULIS (Ibnu Katsir)

Ditulis oleh Syaikh Abdul Qadir al-Arna-uth (semoga Allah menjaganya).

Beliau adalah Imam yang mulia Abul Fida’ ‘Imaduddin Isma’il bin ,Umar bin Katsir al-Qurasyi al-Bushrawi. Berasal dari kota Bashrah, kemudian menetap, belajar dan mengajar di Damaskus. Dilahirkan di Mijdal, sebuah tempat di kota Bashrah pada tahun 701.H (1302 M).

Ayah beliau adalah seorang khatib di kota itu. Ayahnya meninggal ketika beliau baru berusia empat tahun. Kemudian beliau diasuh oleh abangnya, Syaikh Abdul Wahhab dan dialah yang mendidik beliau di usia dininya. Kemudian beliau pindah ke Damsyik, negeri Syam pada tahun 706H, ketika beliau berusia lima tahun.

GURU-GURU BELIAU

  1. Syaikh Burhanuddin Ibrahim bin Abdirrahman al-Fazari yang terkenal dengan nama Ibnul Farkah (wafat 729 H).
  2. Di Damsyik Syria, beliau belajar dengan Isa bin al-Muth’im,
  3. Ahmad bin Abi Thalib, terkenal dengan nama Ibnu Syahnah (walat 730H),
  4. Ibnul Hajjar yang (wafat 730 H),
  5. Baha-uddin al-Qasim bin Muzhaffar Ibnu Asakir, ahli hadis negeri Syam yang wafat pada tahun 723 H,
  6. Ibnu asy-Syirazi,
  7. Ishaq bin Yahya al-Amidi Afifuddin –ulama Zhahiriyah (wafat 725 H),
  8. Muhammad lbnu Zar rad, menyertai Syaikh Jamaluddin Yusuf bin az-Zaki al’Mizzi (wafat 742H), beliau mendapat banyak faedah dan menimba ilmu darinya dan akhirnya beliau menikahi puterinya.
  9. Syaikhul Islam Taqiyyuddin Ahmad bin Abdil Halim bin Abdis Salam bin Taimiyyah (wafat 728 H),
  10. sebagaimana beliau menimba ilmu dari Syaikh al-Hafizh, seorang ahli tarikh (sejarah), Syamsuddin Muhammad bin Ahmad bin ‘Utsman bin Qayimaz adz-Dzahabi (wafat pada tahun 748 H).
  11. Dan ulama Mesir yang memberi beliau ijazah adalah Abu Musa al-Qarafi,
  12. Abul Fath ad-Dabbusi,
  13. Ali bin Umar as-Sawani dan lain-lain.

Al-Hafizh adz-Dzahabi berkata tentan Ib nu Katsir dalam al-Mu’jam al-Mukhtashsh,

“Beliau adalah seorang imam lagi pemberi fatwa, ahli hadis yang pakar, ahli fiqih yang berwawasan luas, ahli tafsir dan memiliki banyak tulisan yang bermanfaat.”

Al-Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata dalam ad-Duraral-Kaaminah,

“Beliau selalu menyibukkan diri dengan hadis, menelaah matan dan rijal hadis. Beliau adalah orang yang memiliki hafalan yang banyak, kecerdasannya bagus, memiliki banyak karya tulis semasa hidupnya dan telah memberikan manfaat yang sangat banyak kepada orang-orang selepas meninggal.”

Ahli sejarah yang terkenal dengan nama Abul Mahasin Jamaluddin Yusuf Ibnu Saifuddin yang terkenal dengan nama Ibnu Taghri Bardi berkata dalam kitabnya al-Manhalush Shaafii wal Mustaufa ba’ dal Woofi,

“Beliau adalah syaikh imam al-‘ Allamah’ Imaduddin Abul Fida’, ulama yang banyak berkarya) terus bekerja, meraup ilmu dan menulis, pakar dalam bidang fiqih, tafsir dan hadis.Beliau mengumpulkan, mengarang, mengajar, menyampaikan hadis dan menulis. Beliau memiliki penelaahan yang luas dalam ilmu hadis, tafsir, fiqih, bahasa Arab dan ilmu-ilmu lainnya. Beliau mengeluarkan fatwa dan mengajar hingga beliau wafat, semoga Allah merahmati beliau. Beliau dikenal sebagai uiama yang memiliki hafalan yang kuat dan tulisan yang bagus. Ia telah mencapai puncak dalam ilmu sejarah, hadis dan tafsir.

MURID-MURID BELIAU

Murid-murid beliau sangatlah banyak, di antaranya adalah Ibnu Haji. Disebutkan tentangnya bahwa ia adalah seorang yang memiliki hafalan paling kuat terhadap matan-matan hadis yang pernah kami dapati. Paling tahu tentang cacat-cacat hadis, perawi-perawinya, shahih dan dha’ifnya, dan rakan-rakan serta guru-gurunya mengakui hal tersebut. Sejauh ini, setiap kali saya bertemu dengannya pasti saya memperoleh faedah darinya.

Ibnul ‘Imad al-Hanbali berkata dalam kitabnya yang berjudul Syadzaraatudz Dzahabfii Akhbaari Man Dzahab:

“Beliau adalah al-Hafizh al-Kab ir’ Imaduddin, hafalannya banyak dan jarang lupa,pemahamannya baik, ilmu bahasa Arabnya tinggi.”

Ibnu Habib berkata tentangnya, “Ia mendengar riwayat, mengumpulkan, menulis, mengeluarkan fatwa, menyampaikan hadis, memberi banyak faedah, dan lembaran-lembaran fatwanya tersebar ke berbagai negeri. Ia dikenal dengan kekuatan hafalan dan keelokan karangarannya.”

TULISAN-TULISAN BELIAU

Tulisan beliau sangatlah banyak, di antaranya:

  1. Termasuk tulisan beliau yang terbesar adalah kitab tafsir al-Qur-an. Kitab ini adalah sebaik-baik kitab tafsir dengan riwayat, telah diterbitkan berulang kali dan telah diringkas oleh banyak ulama.
  2. Kitab sejarah yang dinamakan al-Bidaayah, terdiri dari 14 jilid, dengan judul al-Bidayah wan Nihayah. Di dalamnya disebutkan tentang kisah-kisah para Nabi dan umat-umat terdahulu, sirah Nabawiyah, sejarah Isl am hingga zamannya ditambah dengan pembahasan tentang fitnah dan tanda-tanda hari Kiamat serta keadaan pada hari Akhir dan al-Malaahim (pertumpahan darah). Dan telah ditahqiq oleh banyak ulama.
  3. At-Takmiil fi Ma’rifatis Siqat wa Dhu’afa wal Majaahil. Di dalamnya terangkum dua kitab dari tulisan guru beliau, yaitu al-Mi zzi dan adz-Dzahabi (Tahdzibul Kamal fi Asma Rijal) dan (Liizan I’tidal fii Naqdir Rijal) dengan disertai beberapa tambahan yang bermanfaat dalam masalah al-jarh wat ta’dil.
  4. Al-Hadyu was Sunan fi Ahadis Masad wa Sunan yang dikenai dengan nama Jami’ al-Masanid. Di dalamnya terangkum Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, a|-Bazzar, Abu Ya’la al-Mushili, Ibnu Abi Syaibah, beserta Kutubus Sittah. Beliau menyusunnya berdasarkan bab-bab fiqih, dan baru-baru ini telah dicetak beberapa juz darinya.
  5. Thabaqaat asy-Syafi’iyyah dengan ukuran sedang disertai biografi Imam asy-Syafi’i.
  6. Beliau mentakhrij hadis-hadis yang digunakan sebagai dalil dalam kitab at – Tanbih fi Fiqh asy-Sy afi’iah.
  7. Beliau memulai penulisan syarah Sahih Bukhari dan belum sempat menyelesaikannya.
  8. Beliau memulai penulisan kitab besar dalam masalah-masalah hukum namun belum sempat menyelesaikannya, dan tulisan beliau ini sudah sampai pada kitab Haji.
  9. Ringkasan kitab al-Madkhal, karya al-Baihaqi dan sebahagian besar belum diterbitkan.
  10. Beliau meringkas kitab ‘Ulumul Hadis karya Abu ‘Amr bin ash-Shalah, yang beliau beri judul (Al-mukhtashar ‘Ulumil Hadis) yang dicetak oleh Syaikh Ahmad Muhammad Syakir, seorang ahli hadis dari Mesir disertai penjelasan dari beliau dan diberi judul al-Baa’itsul Hatsiirsfii Syarh Mukhtashar ‘Ulumil Hadis, dan telah dicetak beberapa kali.
  11. Sirah Nabawiyyah yang panjang (bagian dari kitab al-Bidaayah) dan ringkasannya, keduanya diterbitkan dalam cetakan yang berbeda.
  12. Risalah dalam masalah jihad yang diberi judul al-Ijtihaad fi Thalabil Jihad, dan telah dicetak berulang kali.

WAFAT

Al-Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata, “Beliau hilang penglihatan di akhir hayatnya dan wafat di Damaskus, Syam pada tahun 77 4 H/ 1373 M. Semoga Allah mencurahkan rahmat seluas-luasnya kepada beliau dan menempatkan beliau di Surga-Nya yang luas.

disarikah dari kitab terjemahan Sahih Tafsir Ibnu Katsir, jilid 1. Terbitan Pustaka Ibnu Katsir.

 

Sahih Tafsir Ibnu Katsir, Pengantar Penerbit

14 Disember 2010 § Tinggalkan komen


PENGANTAR PENERBIT Cetakan Pertama

Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan kejelekan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkanya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.

Aku bersaksi bahwasanya tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahwasanya Nabi Muhammad , adalah hamba danRasul-Nya.

“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takzwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (QS.Ali’Imran: 102)

“Hai sekalian manusia, bertakwalah hepada Rabb-mu y ang telah menciptakanmu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mengunakan) Nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (pelibaralah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.” (QS. An-Nisaa': 1)

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perhataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang beser. “(QS. Al-Ahzaab:70-71)

Amma ba’du:

Sesungguhnya, sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah (al-Qur’an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad, (as-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnyadi neraka.

Wa ba’du:

AL-QUR’AN SALAH SATU NIKMAT TERBESAR

Allah telah memberikan kenikmatan kepada umat Islam dengan agama yang Dia redhai, yakni Islam. Kemudian Dia mengutus Nabi Muhammad insan pilihan kepada umat ini sebagai pembawa rahmat bagi seluruh alam. Sebagaimana Dia telah memuliakan umat ini dengan al-Qur’an, sebagai petunjuk bagi mereka dalam menjalani kehidupan. Di dalamnya terhimpun segala sesuatu yang diperlukan manusia. Mulai dari masalah Akidah, hukum, nasihat, adab dan kisah-kisah tentang orang-orang terdahulu yang saratdengan pelajaran. Perbahasan-perbahasannya kuat tak terbantahkan, bahasanya jelas, tegas dan lugas, menunjukkan keberadaan Sang Pencipta alam semesta.

LALU APAKAH KEWAJIBAN KITA TERHADAPAL-QUR’AN?

Di dalam Sbahih Muslim (no. 55 (95) diriwayatkan sebuah hadis dari Tamim ad-Dari, ia berkata, “Nabi bersabda, ‘Agama itu adalah nasihat.’ Maka kami berkata, ‘Untuk siapa?’ Beliau bersabda, ‘Untuk (hamba dalam rangka beriman kepada) Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya., dan (dalam rangka menasihati) para pemimpinkaum muslimin dan kaum muslimin secara umum.”‘

Para ulama menerangkan bahwa nasihat kepada Kitabullah adalah:

  1. Beriman bahwa al-Qur’an adalah firman Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad. Kandungan isinya tidak menyerupai perkataan seorang pun dari makhluk-Nya. Dan tidak satupun di antara makhluk-Nya yang sanggup membuat sesuatu yang serupa dengannya.
  2. Membacanya dengan baik dan benar, serta disertai kekhusyu’-an.
  3. Mengagungkannya dengan cara memahami serta mengamalkan petunjuk-petunjuknya.

BAGAIMANA CARA KITA MEMAHAMI DANMENGAMALKANNYA?

Jika kita ingin mengamalkan petunjuknya dengan benar danpenuh keikhlasan, maka kita harus memahaminya terlebih dahulu berdasarkan penjelasan Rasulullah, dan melalui pemahaman salafus Shalih. Rasulullah, telah menjelaskan al-Qur’an ini kepada para Sahabatnya yang telah mendapatkan kurnia taufiq dari Allah dengan cahaya keimanan dan petunjuk. Beliau telah menerangkan mana yang halal dan mana yang haram, mana yang terpuji dan mana yang tercela, mana yang merupakan ibadah dan mana yang merupakan maksiat serta bid’ah. Beliau telah menjelaskannya dengan perkataan, perbuatan atau persetujuan dan pengukuhan beliau terhadap apa yang dilakukan para Sahabatnya. Beliau telah menjelaskan janji Allah ancaman-ancaman-Nya. Beliau juga menyampaikan berbagai khabar gembira dan peringatan. Beliau telah ditugaskan oleh Allah sebagai penafsir al-Qur’an paling utama, setelah al-Qur’an itu sendiri, di mana ayat-ayatnya saru sama lain saling menjelaskan. Allah berfirman:

“… Dan Kami turunkan kepadamu alL-Qur’an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yangtelah diturunkan kepada mereka supaya mereka memikirkan.” (QS. An-Nahl: 44)

Setelah beliau wafat, maka Allah meneguhkan sekelompok ulama umat ini untuk senantiasa mengerahkan segenap kemampuan dan usaha mereka dalam memahami al-Qur’an sesuai dengan penjelasan yang disampaikan oleh Rasulullah, dalam Sunnahnya, dan sesuai dengan pemahaman para Sahabat yang langsung mendengar penjelasan tersebut dari beliau. Dengan demikian, ilmu mereka menjadi kokoh dan kuat, serta terperinci dan mendalam. Mereka dengan izin Allah telah menjadi pendekar-pendekar umat yang berada di garisan depan untuk membela al-Qur’an dan as-Sunnah. Mereka menjadi sumber rujukan umat Islam seluruhnya dalam memahami hukum-hukum yang pelik dari alqur’an serta tafsirnya. Di antara mereka adalah al-Imam al-‘Allamal al-Hafrzh’Imaduddin Abul Fida’Isma’il bin’Umar bin Dhau’bin Katsir, al-Qurasyi asy-Syafi’i ad-Dimasyq yang kita kenali dengan sebutan Ibnu Katsir, penyusun kitab Tafsirul Qur’anuil ‘Azhim yang sangat terkenal.

MENGAPA HARUS TAFSIR IBNU KATSIR?

Tafsir Ibnu Katsir merupakan kitab paling penting dan agungyang pernah ditulis dalam menafsiri kitab suci al-qur’an dan paling banyak diterima dan tersebar di tengah umat ini. Penulisnya telah menghabiskan waktu yang sangat lama untuk menyusunnya. Tidak menghairankan jika penafsiran beliau sangat kaya dengan riwayat (baik hadis maupun atsar), bahkan hampir seluruh hadis periwayatan Imam Ahmad yang terdapat dalam kitab al-Musnad tercantum dalam kitab tafsir ini.

Beliau pun menggunakan rujukan-rujukan penting lainnya yang sangat banyak, sehingga menjadikan karya beliau ini sangat kaya akan manfaat dalam berbagai disiplin ilmu agama (seperti’Aqidah, Fiqih dan lain-lain). Kerananya sangar wajar apabila Imam as-Suyuthi memujinya dan berkata: “Belum pernah ada kitab tafsir yang semisal dengannya.”

Selain itu, metode beliau dalam penyusunan kitab yang sangat bermanfaat ini adalah dengan cara menyebutkan ayat terlebih dahulu, kemudian menjabarkan maknanya secara umum, selanjutnya menafsirkannya dengan ayat, hadis atau perkataan sahabat dan Tabi’in. Terkadang beliau menjelaskar seputar hukum yang berkaitan dengan ayat, dengan dukungan dalil-dalil lain dari al-Qur’an dan as-Sunnah serta dilengkapi dengan pendapat-pendapat para ahli fiqih disertai dalilnya apabila di dalam masalah tersebut terdapat perbezaan pendapat di antara mereka. Selanjutnya beliau (memilih/menguatkan) salah satu dari pendapat mereka.

Beliau memang seorang yang ahli dalam ilmu-ilmu al-Qur-an dan as-Sunnah, serta ilmu tentang sejarah umar-umat terdahulu dan keadaan umat yang akan datang (sebagaimana yang beliau ungkapkan dalam kitab at-Bidaayah wan Nihayah). Namun tidak bisa dipungkiri, dengan pembahasan yang panjang dan mendalam ini, maka majoriti umat Islam, yang awam di zaman sekarang ini akan merasa berat jika mereka harus membaca kitab aslinya yang tergolong rumit, terutama yang berkaitan dengan periwayatan hadis yang terkadang tidak dijelaskan oleh beliau kedudukan dan statusnya, tetapi beliau mencukupkan dengan menyebutkan mata rantai riwayatnya secara detail. Dan dalam kasus ini sangat banyak sekali terjadi.

Oleh kerana itulah Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfuri-Rahimahullah- memimpin satu tim ahli untuk meringkasnya dan membuang seluruh riwayat-riwayat hadis yang dha’if (lemah)-sebagaimana hal tersebut beliau jelaskan dalam mukaddimah cetakan kedua hingga ukurannya menjadi lebih kecil tanpa meninggalkan pembahasaan penting yang terdapat didalamnya. Beliau pun memberikan judul yang sesuai bagi tiap-tiap pembahasan, serta menisbatkan setiap hadis dan ucapan setelah diringkas kepada rawi yang meriwayatkannya, hingga faedahnya menjadi lebih sempurna. Beliau memberi judul kitab ringkasan tersebut dengan al-Mishbaahul Muniir fii Tahdziibi Tafsiiri IbniKatsir, yang kemudian kami terjemahkan dengan judul “ShahihTafsir Ibnu Katsir.”

KELEBIHAN BUKU INI:

A. Mengapa Dinamakan “Shahih Tafsir Ibnu Katsir?”

Pertama, kerana tim al-Mishbaahul Muniir sendiri telah berkomitmen untuk hanya menampilkan hadis-hadis shahih dan hasan saja, menjauhkan hadis-hadis dha’if dan maudhu’ serta membuang kisah-kisah Israiliyyat.

Kedua, seandainya ditemukan hadis dha’if pun, maka hadis tersebut sebenarnya adalah hadis yang memiliki beberapa penguat atau pendukung dari hadis-hadis lain yang memiliki derajat qabul (diterima). Dan sepanjang penelitian kami, hadis-hadis seperti ini sangat sedikit, serta tidak akan membuat para pembaca menjadi ragu untuk menerima dan mengamalkannya.

B. Langkah Lain yang dilakukan oleh Pustaka Ibnu Katsir:

Adapun langkah-langkah lain yang kami lakukan untuk menambah keilmiahan, ketenteraman) serta kemudahan para pem-baca buku ini adalah:

  1. Mencantumkan penomboran ayat-ayat dan surat yang banyak disebutkan dalam penafsiran ayat yang sedang dibahas.
  2. Kami berusaha mentakhrij semua hadis yang tercantumdalam kitab tafsir ini. Dalam hal ini kami merujuk kepada kitab Tafsiir al-Qur-aanil’Azhiim yang ditakhrij oleh Syaikh Hani al-Haj. Baik dari segi penomboran mahupun pengesahan hadis. Apabila pengesahannya bersumber dari kitab-kitab karya Syaikh al-Albani, maka kami padankan penomborannya dengan kitab-kitab beliau yang kami miliki.
  3. Hadis-hadis yang pengesahannya tidak tercantum dalam kitab tersebut, kami rujukkan kepada kitab aslinya yang disertai dengan pengesahan hadis dari ahli hadis terkemuka. Sebagaicontoh, hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang pengesahannya tidak terdapat dalam kitab-kitab syaikh al-Albani, kami rujukkan kepada kitab Musnad al-Imam Ahmadbin Hanbal yang ditakhrij oleh Syaikh Syu’aib al-Arna-uth.
  4. Adapun atsar (riwayat selain hadis Nabi), maka kami tidak mentakhrijnya, kami biarkan sebagaimana kitab aslinya (al-Mishbaahul Muniir). Meskipun demikian, jika di dalamkitab aslinya tidak terdapat keterangan tentang sumber atsar tersebut, maka kami berusaha sedapat mungkin untuk mencantumkan keterangan tersebut dari kitab lain. Namun seperti telah disebutkan di atas, atsar-atsar tersebut tidak kami takhrij, melainkan kami biarkan apa adanya. Hal ini disebabkan beberapa hal, antara lain:
  • Atsar-atsar tersebut ditulis/diriwayakan oleh ahli-ahli hadis terkemuka seperti Ibnu Abi Hatim dan yang lainnya, yang sudah sangat kita kenal keilmuannya.
  • Apabila takhrij setiap atsar kami cantumkan, maka dikhuwatiri akan mempertebal halaman buku ini.
  • Kami percaya penuh kepada tim penyusun kitab al-Mish-baah ul-Muniir dalam komitmennya untuk menampilkanriwayat-riwayat yang maqbul.

Dalam melakukan takhrij hadis yang diletakkan dalam foot-note, kami sengaja mengawali keterangannya dengan menyebutkan darjat hadis, seperti shahih, hasan atau dha’if, dengan huruf tebal, untuk memudahkan pembaca agar dapat langsung mengetahui derajat hadis tersebut. Adapun jika hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari atau Imam Muslim atau diriwayatkan oleh sekelompok perawi hadis di mana Bukhari dan Muslim ada di dalamnya, maka kami tidak mencantumkan derajat hadis tersebur, kerana ulama-ulama Ahlus Sunnah telah sepakat atas keshahihannya.

Untuk memudahkan pembaca dalam mencari hadis dari sumbernya, maka setiap hadis kami cantumkan dengan nombornya. Penomboran tersebut disesuaikan dengan kitab-kitab hadis yang kami miliki. Adapun perinciannya sebagai berikut:

a. Al-Bukhari berdasarkan penomboran kitab Fathul Baari.

b. Muslim berdasarkan penomboran Muhammad Fu-ad’Ab-dul Baqi.

c. Abu Dawud berdasarkan penomboran Muhammad Fu-ad’Abdul Baqi.

d. At-Tirmidzi berdasarkan penomboran Muhammad Fu-ad’Abdul Baqi.

e. An-Nasaa-i berdasarkan penomboran’Abdul Fattah Abu Ghuddah.

f. Ibnu Majah berdasarkan penomboran Muhammad Fu-ad’Abdul Baqi.

g. Mengenai riwayat Imam Ahmad, perlu diketahui bahwatim penyusun kitab asli mencantumkan penomboran berdasarkan cetakan al-Maimaniyahah, sebelum ditakhrij oleh Syaikh Syu’aib al-Arna uth beserta lainnya. Oleh kerana itu, untuk kesempurnaannya, kami menambahkan penomboran yang baru berdasarkan Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal yang telah ditahqiq dan ditakhrij oleh beliau (Syaikh al-Arna’uth) berserta timnya yang dicetak oleh Mu-assasah ar-Risalah, Beirut.

h. Jika sumber pengesahan sebuah hadis (baik shahih maupundha’if) terdapat dalam banyak kitab-kitab karya Syaikh al-Albani, maka kami cukupkan dengan mencantumkan satu sumber saja.

Kami berusaha menerjemahkan kitab yang penuh manfaat ini sebaik-baiknya agar mudah difahami oleh para pembaca, sehingga kami berupaya untuk memperjelas istilah, juga nama-nama tempat yang mungkin akan sulit difahami oleh sebahagian pembaca. Khusus dalam penerjemahan hadis-hadis Nabi, kami selalu menerjemahkannya dengan bantuan kitab-kitab syarah (penjelasnya) pada masing-masing kitab hadis.

Kami pun menambahkan sub-sub judul yang kami anggap perlu untuk lebih memperjelas tema-tema yang sedang dibahas, serta memudahkan pencarian tema tersebut dari daftar isi.

Inilah persembahan kami, semoga kehadirannya membawa manfaat yang sangat besar bagi kaum muslimin di tanah air secara umum dan menjadi tambahan referensi yang berharga bagi kalangan penuntut ilmu. Akhirnya, kepada Allah semata kami bersyukur atas terbitnya buku ini, semoga upaya kami ini menjadi amal shalih yang diridhai-Nya.

Selawat serta salam semoga sentiasa dilimpah curahkan kepaada Rasulullah, keluarga dan para Sahabatnya. Amin.

Bogor,

Pebruari 2009 M.

Rabi’ul Awwal 1,429 H.

Penerbit:PT. PUSTAKA IBNUKATSIR

Harga Jualan : RM 800.00

Diskaun 10%

Harga Selepas Diskaun : RM 720.00

 Kos bungkusan dan penghantaran : PERCUMA untuk Semenanjung Malaysia

Untuk maklumat detil tulis emel kepada kami di riduankhairi.enterprise@gmail.com

Sahabat Nabi Muhammad yang Pandai Tafsir Al-Qur’an

30 Oktober 2010 § Tinggalkan komen


Oleh : Abu Abdillah (Mohd Riduan bin Khairi)

Autoriti dan Keutamaan Tafsir Sahabat Nabi Muhammad

Imam Asy-Syafi’i berkata,

Mereka (para sahabat) mengatasi kita dalam ilmu, ijtihad, wara’, kecerdikan dan dalam hala-hal yang memerlukan ilmu pengetahuan dan pengambilan hukum”.

Al-Zarkasyi pula dalam kitabya al-Burhan fi Ulumil Qur’an,

Penafsiran sahabat perlu diberi perhatian, sekiranya tafsiran dibuat dari susudt bahasa maka mereka adalah ahli bahasa. Dan sekiranya tafsiran berkaitan dengan sebab-sebab kenapa sesuatu ayat itu diturunkan, maka ia tidak boleh dipertikaikan lagi”.

Al-Hafidz Imam Ibnu Kathir juga menyebutkan tentang keutamaan tafsir para sahabat di,

Metode penafsiran yang paling benar, yaitu penafsiran al-Qur’an dengan al-Qur’an. Jika anda tidak dapat menafsirkan al-Qur’an dengan al-Qur’an, maka hendaklah anda menafsirkannya dengan hadith. Dan jika tidak menemukan penafsirannya di dalam al-Qur’an dan hadith, maka hendaklah merujuk pada pendapat para sahabat, karena mereka lebih mengetahui berdasarkan konteks dan kondisi yang hanya merekalah menyaksikan nya, selain itu mereka iuga memiliki pemahaman yang sempurna, pengetahuan yang benar, dan amal shalih. Namun jika tidak ditemukan juga, maka kebanyakan para imam merujuk kepada pendapat para Tabi’in dan Ulama’ sesudahnya.”

Ahli-ahli Tafsir Dari Kalangan Sahabat yang Terkenal

Sekumpulan para sahabat amat dikenali kerana cerdas dan bijak dalam mentafsirkan ayat Al-Qur’an. Antara mereka ialah empat khalifah Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abli Talib (semoga Allah redha kepada mereka semua). Ini dinyatakan oleh Imam Suyuti dalam kitabnya al-Itqan fi Ulum Al-Qur’an. Namun begitu tidak laporan tafsir diterima dari 3 khalifah yang pertama. Ini lantaran, mereka sibuk dengan urusan pemerintahan negara. Selain itu, keperluan untuk mencatat tafsir mereka ketika itu masih belum ada, memandangkan ramai orang yang mengetahui ilmu tafsir.

Selain empat orang sahabat ini, beberapa sahabat lain juga sering dirujuk dan dijadikan panduan dalam ilmu tafsir. Mereka ialah Abdullah bin Mas’ud dan Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Zubair, Zaid bin Thabit, Ubay bin Kaab dan Abu Musa Al-Asy’ari.

Ali bin Abi Talib (semoga Allah redha kepada beliau) wafat tahun 40 H

Ali bin Abi Talib mempunya banyak keutamaan. Ahlus Sunnah wal Jama’ah sepakat keutamaan Ali bin Abu Talib selepas Abu Bakar, Umar dan Uthman. Beliau termasuk dari 10 orang sahabat nabi yang dijanjikan syurga.

Beliau dikenali dengan sifat berani dan fikiran yang cerdas. Beliau menyertai kebanyakan peperangan bersama-sama Nabi Muhammad. Bahkan merupakan pemegang bendera dalam kebanyakan peperangan.

Ali adalah sahabat yang paling banyak tafsiran Al-Qur’an, lantaran kelapangan masa dan tidka terikat dengan jawatan khalifah sehingga akhir khalifah Uthman. Lebih-lebih lagi usia beliau yang panjang memungkinkan beliau memberi sumbangan dalam periwayatan tafsir kepada umat Islam.

Abdullah bin Abbas, seorang sahabat muda yang cerdas yang juga sepupu beliau menyebutkan,

“Ilmu tafsir yang aku kumpul adalah dari Ali Bin Abi Talib” dan beliau juga berkata,

“Sekiranya datang keterangan daripada Ali, kami tidak akan mencari yang lain”.

Pada suatu ketika Ali dilaporkan pernah mengajak umat Islam untuk belajar tafsir langsung daripadanya,

“Tanyalah aku, tanyalah aku dan tanyalah kepada aku tentang kitab Allah. Demi Allah, tidak ada satu ayatpun kecuali aku tahu waktu mana ianya turun, sama ada malam atau siang.”

Namun begitu wujud juga laporan-laporan tafsir yang palsu disandarkan kepada Ali. Ini dilakukan golongan Syiah demi menegakkan pemikiran mereka yang sesat.

Abdullah bin  Abbas (wafat 68 H)

Beliau merupakan kanak-kanak cerdas yang membesar pada zaman Nabi. Lahir 3 tahun sebelum hijrah. Ini bermakna beliau hanya sempat hidup bersama nabi selama 13 tahun sahaja.

Beliau didoakan oleh nabi, “Ya Allah! Kurniakan dia kefahaman dalam agama”.

Berkat doa Rasulullah dan juga ketekukan beliau menuntut ilmu, akhirnya beliau dikenali sebagai sahabat yang cerdas dan bijak. Walaupun pada usia yang sangat masih muda, beliau tetap dijadikan rujukan oleh sahabat-sahabat yang lebih dewasa.

Abdullah bin Mas’ud pernah memujinya,

“Abdullah bin Abbas adalah sebaik-baik pentafsir Al-Qur’an. Sekiranya dia sebaya kami, pasti tidak seorangpun daripada kami yang dapat menandinginya”.

Abdullah bin Umar pertanya ditanya tentang tafsir suatu ayat, maka beliau mengarahkan supaya ditanya kepada Abdullah bin Abbas,

“Pergilah berjumpa Abdullah bin Abbas dan tanyalah dia. Sesungguhnya dialah orang yang paling mengetahui tentang wahyu yang turun ke atas Nabi Muhammad sekarang ini”. Dan pada ketika yang lain Abdullah bin Umar berkata,

“Abdullah bin Abbas adalah umat Muhammad yang paling mengetahui mengenai apa yang diturunkan kepada Muhammad”. (Imam Az-Zahabi, Tafsir wa Mufassirun)

Manakala seorang tabi’in terkenal Ato’ bin Abi Rabah memuji Abdullah bin Abbas yang menjadi gurunya,

“Aku tidak pernah melihat majlis ilmu yang lebih mulia daripada majlis ilmu Abdullah bin Abbas yang dipenuhi kefahaman dan diselubungi rasa takut kepada Allah. Penuntut ilmu fikih, tafsir dan syair menghadiri majlisnya. Beliau memenuhi hajat mereka daripada lembah ilmu yang luas”.

Begitu pula pujian seorang tabi’in , Abu Wa-il,

“Abdullah bin Abbas, sebagai pemimpin jemaah haji yang dilantik oleh Uthman telah membaca khutbah semasa musim haji. Beliau membacakan surah an-Nur membaca satu demi satu ayat dan mantafsirkannya. Tidak pernah aku lihat mahupun mendengar percakapan seperti lelaki itu. Kalaulau Parsi, Rom, dan Tukri mendengar kata-katanya, pasti mereka akan memeluk Islam”.

Antara anak murid beliau yang terkenal meriwayatkan tafsir darinya ialah Mujahid bin Jabr, Ikrimah, Ato’ bin Abi Robah dan Said bin Jubair.

Abdullah bin Mas’ud (wafat 32 H)

Abdullah bin Mas’ud merupakan antara orang yang awal memeluk Islam. Beliau terlibat dalam dua hijrah yakni Hijrah ke Habsyah dan hijrah ke Madinah. Beliau mengambil secara langsung 70 surah Al-Qur’an seperti yang direkodkan oleh Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya.

Ketika mula-mula Nabi Muhammad berkenalan dengan Abdullah bin Mas’ud, beliau sudah mengesan kebijaksanaan dan kecerdasan Abdullah bin Mas’ud. Kata Nabi,

“Sesungguhnya engkau seorang budak yang akan menguasai ilmu” (HR Ahmad, hassan menurut Syuaib Arnauth)

Abdullah bin Mas’ud menguasai Al-Qur’an dan tafsirannya lantaran beliau sering mendampingi nabi. Seperti yang diceritakan oleh Abu Musa Al-Asy’ari, “Aku dan saudara lelakiku datang dari Yaman. Dan ketika kami datang, kami menyangka Abdullah bin Mas’ud dan ibunya adalah termasuk ahli keluarga (ahli bait) Rasulullah kerana mereka berdua sering masuk dan berada di rumah Rasulullah”. (Sahih Muslim)

Dalam peristiwa yang lain Abu Musa bercerita lagi, “Abdullah bin Mas’ud memang selalu bersama Rasulullah ketika kita tidak turut serta, dan beliau diizinkan masuk ke rumah nabi ketika kita tidak diizinkan masuk”. (Sahih Muslim)

Selain sering mendampingi nabi, Abdullah bin Mas’ud gigih menuntut ilmu Al-Qur’an. Katanya,

Para sahabat Rasululah tahu bahawa aku paling pandai di antara mereka tentang Kitab Allah. Seandainya aku tahu ada orang yang lebih pandai dari aku, maka aku akan pergi berjumpa dengannya (untuk berguru)”. (Sahih Muslim)

Kata nabi lagi memuji Abdullah bin Mas’ud,

Sesiapa yang ingin membaca Al-Qur’an persis ketika ia diturunkan, maka bacalah mengikut bacaan anak Ummu ‘Abd (Abdullah bin Mas’ud)”.

Abdullah bin Mas’ud sendiri pernah melaporkan hadith dari nabi,

Pelajarilah Al-Qur’an dari empat orang ; 1) Ibnu Ummi ‘Abd (Abdullah bin Mas’ud), 20 Ubay bin Kaab, 3) Salim, bekas budak Hudzaifah, dan 4) Muadz bin Jabal” (Sahih Muslim)

Beliau dihantar oleh Khalifah Umar untuk mengajar agama di Kufah. Orang-orang Kufah mendapat manfaat dari luas dan dalamnya ilmu Abdullah bin Mas’ud Antara tabi’in di Kufah yang menjadi anak muridnya yang terkenal termasuklah Qatadah, Alqomah, Asy-Sya’bi dan Masruq.

Ubay bin Kaab (w 30 H)

Ubay bin Kaab merupakan juru tulis pertama bagi Nabi Muhammad setelah berhijrah ke Madinah. Beliau sempat mengkuti Perjanjian Aqabah dan termasuk sahabat yang menyertai Perang Badar.

Ubay ialah Sayyid Qurra, salah seorang penulis wahyu Nabi Muhammad sehingga nabi mengatakan, “Yang paling baik bacaan Al-Qur’an dari kalangan mereka ialah Ubay”.

Sahabat Anas bin Malik melaporkan,

Pada masa Rasulullah ada empat orang yang menghimpunkan Al-Qur’an, yang semuanya dari kaum Ansar. Mereka ialah Mu’adz bin Jabal, Ubay bin Kaab, Zid bin Thabit dan Abu Zaid”. (Sahih Muslim)

Antara anak murid beliau ialah Zaid bin Aslam, Abu Aliyah dan Muhamamad bin Kaab al-Khurodi.

Rujukan

  1. Bagaimana Memahami Al-Qur’an. Muhammad Jamil Zainu. Terjemahan Salafudin Aj. Pustaka Al-Kautsa, Jakarta (2006).
  2. Fahami Al-Qur’an Menurut Kaedah Para Ulama’. Mohd Sabri Mohamed.  Karya Bestari, Shah Alam (2007).
  3. Pengantar Usul Tafsir. Dr. Fauzi Deraman dan Mustaffa Abdullah. Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur (2006).
  4. Pengenalan Ringkas Ususl Tafsir. Muhammad bin Soleh al-Uthaimin. Terjemahan Fadlan bin Mohd Othman. Jahabersa, Johor Bahru (2005).
  5. Tafsir Ibnu Katsir (jilid 1). Peneliti ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh. Terjemahan Pustaka Imam Asy-Syafi’i, Jakarta (2005)
  6. Ringkasan Sahih Muslim. Muhammad Nasiruddin al-Albani. Gema Insani, Jakarta.

Tafsir Ibnu Katsir (Edisi Mewah 6 Jilid)

7 Oktober 2010 § Tinggalkan komen


 

Penulis : Ibnu Kathir

Penyusun : Dr.’Abdullah bin Muhammad bin ‘Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh

Penerbit : Pustaka Imam Asy-Syafi’i

 

Ukuran : 21 x 29.5 cm

Kover : Hard

Berat 1 Set: 12 kg

Jumlah Halaman : 4688 halaman

  • Jilid 01 : 812 halaman
  • Jilid 02 : 760 halaman
  • Jilid 03 : 784 halaman
  • Jilid 04 : 799 halaman
  • Jilid 05 : 769 halaman
  • Jilid 06 : 764 halaman

 

Harga Jualan : RM 900.00

Diskaun 10 % RM 810.00

 

  • Kos Penghantaran percuma di Semenanjung Malaysia

 

Maklumat lanjut emel ke riduankhairi.enterprise@gmail.com


 

 

 

Where Am I?

You are currently browsing the Tafsir Klasik category at Kitab Tafsir Muktabar.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.