Bacaan Tafsir oleh Muhammad Asri Sobrie

26 Oktober 2010 § 2 Komen


Kitab tafsir yang paling baik

Tafsir yang paling baik dicadangkan oleh para masyaikh rahimahullah ialah Tafsir Ibnu Kathir. Kebanyakan dari mereka mencadangkan begitu, kerana mudah, ringkas (dalam pentafsiran). Namun begitu Tafsir Ibnu Kathir ini panjang dan banyak (jilidnya).

Syaikh Muhammad bin Khali hafizahullah mencadangkan juga ringkasan tsir Ibnu Kathir, Umdah at-Tafasir karangan Syeikh Ahmad Syakir. Itu kitab tafsir yang baik.

Dan juga tafsir-tafsri ahli sunnah seperti Tafsir Al-Baghawi, Tafsir Ibnu jarir At-Tobari, Tafsir Adhwaul Bayan fi Tafsirir Qur’an bin Qur’an (karangan) Asy-Syanqiti dan Tafsir As-Sa’di. Ini tafsir-tasri yang baik dibaca dan mengikut manhaj ahlus sunnah wal jama’ah.

Adapun tafsir-tafsir selain itu kita katakan boleh diambil istifadah (manfaat) seperti Tafsir Al-Qurtubi dan beberapa tafsir lagi, boleh diambil manfaat cuma ada beberapa kesalahan dalam bab akidah seperti mentakwilkan beberapa sifat Allah. Maka itu kita jauhi.

Adapun tafsir-tafsir mutakhir yang tidak bermanfaat, maka tidak perlu ambil (baca) langsung. Seperti tafsir-tafsir bil rakyi (menggunakan logik akal) semata-mata yang tidak ada dasar Al-Qur’an dan hadith. Terutama Tafsir Fi Zilalil Qur’an. Saya tidak setuju kerana, apabila anak-anak muda membaca Fi Zilalil Qur’an, Syed Qutb kata “masyarakat hari ini jahiliun musyrik“. Dia kata semura orang kafir, kecuali orang yang baca Fi Zilalil Qur’an. Ini (akan mendatangkan) masalah, lebih dijauhi supaya tidak terjebak di dalam bid’ah.

Syed Qutb mudah-mudahan Allah ampunkan beliau, beliau salah (dalam bab ini). Tapi kita pula yang hidup dan belajar, janganlah buat salah juga.

Tagged: ,

§ 2 Responses to Bacaan Tafsir oleh Muhammad Asri Sobrie

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Bacaan Tafsir oleh Muhammad Asri Sobrie at Kitab Tafsir Muktabar.

meta

%d bloggers like this: