Sahih Tafsir Ibnu Katsir, Muqaddimah Cetakan Kedua

17 Disember 2010 § Tinggalkan komen


MUQADDIMAH CETAKAN KEDUA

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam semoga sentiasa tercurah kepada hamba dan Rasul-Nya, Nabi Muhammad, Rasul yang paling utama dan penutup para Nabi, juga atas keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikuti petunjuk dan meniti jej ak beliau hingga hari Kemudian.

Inilah cetakan kedua dari kitab al-Mishbaahul Muniir fii Tahziibi Tafsiir lbni Katsir yang diterbitkan oleh Maktabah Darus Salam lin Nasyr wat Tauzi’, Riyadh. Cetakan pertama telah habis dalam waktu singkat, dan kitab ini telah diterima di kalangan ahli ilmu, dan cukup membuat mereka kagum. Kita bersyukur kepada Allah atas kebaikan-Nya yang melimpah dan kurnia-Nya yang mulia.

Berkaitan dengan cetakan kedua ini, para penanggung jawab telah melakukan beberapa hal penting yang menjadi masukan dari para ulama dan dan para pakar dari bidangnya, selain yang telah disebutkan dalam cetakan pertama. Mereka meminta kepada Komisi Peneliti dan Persiapan Keilmuan untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut, di antaranya adalah:

1. Membuang seluruh hadits-hadits marfu’ yang lemah (dhaif) dan kedhaifannya tidak dapat dikuatkan untuk naik ke darjat diterima (makbul). Sehingga -alhamdulillah- dalam cetakan kedua ini tidak dimuatkan kecuali hadis-hadis yang sahih, hasan atau dha’if namun kedha’ifannya dapat dikuatkan hingga naik ke darjat qabul (diterima). Rakan-rakan kami para peneliti telah berusaha merealisasikan tugas ini dengan meneliti ucapan-ucapan para imam dan ahli ilmu mengenai hadis-hadis tersebut hingga sampai pada tujuan menentukan darjat hadis, apakah dhaif, hasan atau sahih. Lalu mengeluarkan hadis-hadis dhaif dan membuangnya, serta meninggalkan hadis-hadis yang lain. Mudah-mudahan Allah membalas mereka atas usaha yang baik dan layak disyukuri.

2. Memberi tanda bagi hadis-hadis yang marfu’ dan memberi harakat dalam sabda Nabi agar tidak terjadi kesamaran dalam perkara-perkara yang sulit bagi pembaca yang awam, sehingga makna-makna yang sahih menjadi jelas dan memudahkan bagi

para pembaca yang awam untuk membaca sabda-sabda Nabi dengan benar.

Shalawat, keberkahan dan salam semoga senantiasa tercurah kepada sebaik-baik makhluk-Nya, Nabi Muhammad, keluarga dan para Sahabat beliau.

Shafiyyurrahman al-Mubarakfuri

4 / 2 / 142l H.

Harga Jualan : RM 800.00

Diskaun 15%

Harga Selepas Diskaun : RM 680.00

Kos bungkusan dan penghantaran : PERCUMA

Untuk maklumat detil tulis emel kepada kami di riduankhairi.enterprise@gmail.com

Tagged: ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Sahih Tafsir Ibnu Katsir, Muqaddimah Cetakan Kedua at Kitab Tafsir Muktabar.

meta

%d bloggers like this: