Kitab-kitab Tafsir Al-Qur’an oleh UFB
8 Mei 2012 § Tinggalkan komen
Beberapa contoh kitab-kitab tafsir yang dikenali sebagai Tafsir Bil Ma’thur.Adabeberapa metodologi dalam tafsir Al-Quran. Salah satu darinya ialah tafsir bil ma’thur, yakni tafsir Al-Quran dengan periwayatan iaitu sama ada menafsirkan Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadis Nabi atau pun tafsir Al-Quran dengan perkataan sahabat Nabi, tabi’in dan tabi’ut tabi’in.
Adajuga metodologi tafsir yang lebih menjurus kepada tafsir dari sudut penggunaan bahasa. Ianya teliti dengan bahasa-bahasa ma’aninya, kelebihan-kelebihan, pengertian setiap perkataan yang digunakan. Fokusnya lebih kepada keindahan bahasa Al-Quran contohnya kitab-kitab Al-Kassyaf oleh Al- Zamaksyari, Ruhul Ma-ani oleh al-Alusi, Tahanut Tanwin oleh Ibn Asyur dan sebagainya.
Antara kitab-kitab yang terbaik ialah Tafsir Al-Thobari. Akan tetapi Tafsir Al-Thobari ini terlalu panjang kerana beliau memasukkan semua riwayat-riwayat sahih mahupun yang lemah.Adaantara ulama seperti Syeikh Ahmad Syakir berkhidmat melakukan penelitian semula riwayat-riwayat di dalam kitab tersebut dan juga ulama-ulama yang lain.
Kitab Tafsir Ibnu Kathir
Walaubagaimanapun tafsir ringkas yang boleh kita manfaatkan secara langsung ialah Tafsir Ibnu Kathir. Ia merupakan yang terbaik untuk mudah faham dan mudah baca. Kitab ini memberikan kita satu garis panduan atara kaedah. Kaedah tafsirannya;
– menafsirkan ayat al-Qur’an dengan al-Qur’an yang lain
– kemudian menafsirkan al-Qur’an dengan hadis Nabi
– seterusnya perkataan sahabat nabi tabi’in,
– disusuli tabi’ut tabi’in
– dan akhir sekali barulah kesimpulan dan pandangannya.
Berbeza dengan sebahagian orang yang salah dan keliru dalam memahami Al-Qur’an.Adadi antara mereka merenung mushaf dan memikirkan sendiri apakah maknanya tanpa merujuk kepada kitab tafsir yang muktabar. Jika kaedah ini digunakan, maka ramailah sudah boleh diiktiraf menjadi ulama’ tafsir.
Begitu juga ada tafsir contohnya Al-Iman Albiqa-I rahimahullah (wafat 885H), Nazhm al-Durar fi Tanasub al-Ayat wa al-Suwar (8 jilid). Tafsir ini memberi fokus kepada membahaskan munasabah-munasabah setiap ayat. Mengapakah ayat ini didatangkan selepas ayat ini. Mengapakah surah ini diletakkan selepas surah ini.
Begitu juga ada tafsir-tafsir yang memberi focus kepada hukum hakam seperti tafsir Al-Imam Al-Qurtubi rahimahullah (wafat 671H). Beliau memberi fokus kepada hokum-hakam dari ayat al-Qur’an. Sebagai contoh beliau membawa satu ayat al-Qur’an dan mengeluarkan istinbat 25 hukum fikih daripadanya.
Manakala tafsir yang memberi fokus Al-Quran dengan Al-Quran sahaja seperti tafsir Syeikh Muhammad Al-Amin Al Shanqiti (wafat 1393 H) dengan judul Adwa’al-Bayan Fi Idhah al-Qur`an bi al-Qur`an.
Aliran Tafsir Bir-ro’yi (tafsiran akal dan rasional)
Adajuga tafsir bir-ro’yi iaitu tafsir yang menggunakan akal semata-mata. Golongan ini disebut sebagai muktazilah.Ada yang mengarang kitab tafsir untuk mendirikan dan menegakkan akidahnya seperti Al Zamakhsyari dengan tafsir Al-Kassyaf.
Itu sebagai gambaran (overview) tentang kitab-kitab tafsir. Namun begitu sebagai penuntut ilmu cukuplah sebagai permulaan letakkan target untuk menghabiskan baca kitab Tafsir Ibnu Kathir. Bahkan pada hari ini ia telah diringkaskan oleh kelompok ulama yang dikepalai oleh Syeikh Sofiurahman Al-Mubarakfuri iaitu Al-Misbahul Munir Fee Tahdhib, ringkasan Ibnu Kathir. Hadis-hadis telah dinilaikan semula dan disusun sempurna dengan mengambil kesimpulan Al-Imam Ibnu Kathir berasakan Al-Quran, hadis Nabi, perkataan dan pandangan sahabat Nabi.
Rakaman oleh Abu Aqif Studio: http://www.youtube.com/watch?v=_EkVhse7Oz8
Teks oleh Biro Multimedia & Penerbitan, iLMU
dari blog Ustaz Fathul Bari Mat Jahya.
Tagged: al-Qur'an, fathul bari mat jahya, kitab tafsir al-Qur'an, ulum al-qur'an
Tinggalkan Jawapan